@article{jbhs, author = {Ju Lee}, title = { Perubahan Konsonan dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {16}, number = {1}, year = {2016}, keywords = {}, abstract = {Makalah ini bertujuan mengemukakan rumusan perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia. Kajian ini mengutarakan pandangan bahawa perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia dapat dijelaskan melalui pendekatan terpisah yang tidak mempertimbangkan dua jenis penggandaan berima yang lain, iaitu perubahan vokal dan perubahan suku kata. Berdasarkan ciri khususnya, diketengahkan dahulu dalam kajian ini empat rumusan tentang perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia, iaitu, (1) hanya fonem-fonem asli boleh berubah; (2) perubahan konsonan mengarah kepada bunyi bilabial berlaku dalam keadaan normal; (3) perubahan konsonan amnya terhad kepada konsonan dalam suku kata yang pertama; dan (4) ada atau tidaknya fitur [suara] merupakan satuan dasar dalam perubahan konsonan serta makna \"kepelbagaian\", \"tingkat superlatif\", dan \"sangat\" pada dasarnya diterbitkan daripada perubahan fitur [sonoran]. Seterusnya, dibahaskan pula pola perubahan konsonan dalam kata ganda berima sama ada dapat dianalisis berdasarkan rumusan tersebut. Turut dimuatkan perbincangan secara ringkas hubungan antara tiga jenis penggandaan berima bahasa Indonesia untuk mengungkapkan masalah yang perlu diselidik dalam kajian akan datang Kata kunci: bahasa Indonesia, perubahan konsonan, penggandaan berima, kata ganda berima, pendekatan terpisah}, issn = {2462-1889}, pages = {30--49}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4248} }