TY - JOUR AU - Abu Bakar, Norsofiah PY - 2020 TI - Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis JF - Jurnal Bahasa; Jil. 20 Bil. 1 (2020): Jurnal Bahasa Jilid 20 Bil. 1 Jun 2020 DO - 10.37052/jb.20(1)no5 KW - N2 - Dalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya. Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tidak UR - https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/7449