%A Nahar, Nora'Azian %D 2020 %T Hubungan Profesiensi Bahasa Melayu dengan Pencapaian Akademik Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan %K %X Kelunturan penguasaan kemahiran berbahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik kebelakangan ini. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti hubungan penguasaan keempat-empat kemahiran dalam bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi akademik murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Seramai 414 orang sampel kajian dari lima buah sekolah SJK telah dipilih. dua instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan data, iaitu ujian Profesiensi uPbM_SR dan tahap Skor uPbM_SR. data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. hasil dapatan menunjukkan skor bagi keempat-empat ujian profesiensi yang telah dijalankan adalah pada peringkat sederhana. malah dapatan bagi kemahiran menulis adalah pada peringkat yang lemah. Keputusan bagi keseluruhan tahap profesiensi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara majoriti murid mendapat tahap 5 (hampir profesien ), iaitu sebanyak 29% (120 orang). tiada murid yang mendapat tahap 1 dan tahap 8. hal ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan yang besar antara profesiensi bahasa Melayu dengan pencapaian akademik. hanya murid yang cekap mendengar, fasih bertutur, lancar membaca dan mahir menulis terutama dalam bahasa kedua yang dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. usaha yang padu daripada semua pihak diperlukan untuk melahirkan generasi yang kompeten dalam bahasa Melayu. Kata kunci: bahasa kedua, kecekapan, lisan, murid bukan penutur natif, profesiensi %U https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/7942 %J Jurnal Bahasa %0 Journal Article %R 10.37052/jb20(2)no5 %P 287-316%V 20 %N 2 %@ 2462-1889 %8 2020-12-04