%A Rosly, Nurul Jamilah %A Yusof, Maslida %D 2020 %T Representasi Argumen Gerak Ruang Bahasa Melayu Berdasarkan Teori Struktur Konseptual %K %X Gerak difahami sebagai perubahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Oleh itu kajian ini tertumpu pada gerak ruang yang terdiri daripada gerak bersifat arah, gerak bersifat tambah, gerak bersifat menjadi dan gerak bersifat kausatif. Data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada Pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia sebagai bahan dan contoh kajian. Penganalisisan data menggunakan Teori Struktur Konseptual (TSK) oleh Jackendoff (1997 & 2011). Pemetaan argumen ini merangkumi tiga tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi struktur konseptual, pemetaan kepada rajah pohon struktur konseptual dan pemetaan kepada peranan tematik. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang hadir dalam fungsi [Peristiwa] dan [Keadaan] yang membawa rumus asas [[[GERAK [ x [Peristiwa] [Benda] [Hala] [Tempat]]]. Hasil dapatan menunjukkan leksikal balik, berlari, tinggal, terletak, berada, bunuh, paksa, benar dan tolong mempunyai pemetaan representasi argumen yang tersendiri yang melibatkan konstituen seperti [Peristiwa],[Keadaan],[Benda] [Hala][Tempat] [Peristiwa SEBAB], [Peristiwa TIDAK], [Peristiwa BENAR] dan [Peristiwa TOLONG]. Bagi peringkat pemetaan dalam peranan tematik, item yang terlibat ialah peranan kepada Aktor, Tema, Matlamat, Sumber, Agen dan Penerima (-). Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan representasi struktur konseptual secara sistematik dan berpada khususnya dalam gerak ruang bahasa Melayu. Kata kunci: gerak ruang, konstituen, argumen, struktur konseptual dan tematik %U https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/7947 %J Jurnal Bahasa %0 Journal Article %R 10.37052/jb20(2)no7 %P 347-381%V 20 %N 2 %@ 2462-1889 %8 2020-12-04