@article{jbhs, author = {Julaina Nopiah dan Nur Maizatul Maisarah Nasrong}, title = { Makna Ujaran Implisit dalam Vlog Mat Luthfi: Analisis Teori Relevans}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {20}, number = {2}, year = {2020}, keywords = {}, abstract = {Kajian ini melihat tiga gagasan Teori Relevans (TR) yang dikemukakan oleh Sperber dan Wilson yang memfokuskan kerelevanan sesebuah ujaran, iaitu konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Pengkaji telah memilih vlog Mat Luthfi untuk meneliti dan mendalami gagasan tersebut sebagai landasan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan data. Data kajian merupakan dialog yang berbaur unsur implisit yang diujarkan oleh karakter dalam beberapa video Mat Luthfi. Data yang telah dikenal pasti akan melalui proses transkripsi dan seterusnya dianalisis berdasarkan TR. Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk menerokai dengan lebih lanjut tentang ujaran implisit dan TR. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh ujaran dalam vlog mengandungi unsur implisit. Ujaran yang mengandungi unsur implisit menunjukkan bahawa penutur mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menjelaskan bahawa ujaran yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu boleh membawa pelbagai maksud dan bukan sekadar makna literal sekiranya difahami dan ditafsir dengan betul ujaran yang diperkatakan tersebut. Maka, pentafsiran makna sesebuah ujaran itu menjadi lebih mudah diinterpretasi dengan kehadiran TR. Kata kunci: Vlog Melayu, Teori Relevans, Pragmatik, Unsur Implisit, Interpretasi}, issn = {2462-1889}, pages = {203--230}, doi = {10.37052/jb20(2)no2}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8039} }