%A Che Omar, HASURIA %A Kahar, Ummi Umairah %D 2020 %T Terjemahan Aforisme dalam Karya Tuan Gatsby %K %X Karya kreatif bergenre sastera, iaitu The Great Gatsby (1925) merupakan antara novel klasik yang masih mendapat tempat di hati golongan penggemar novel sehingga sekarang. Populariti karya ini secara langsung telah memberikan peluang kepada penghasilan karya terjemahannya kepada bahasa Melayu yang bertajuk Tuan Gatsby (1988). Gaya penulisan dan lenggok bahasa yang dipamerkan dalam karya asal menyerlahkan kreativiti pengarang asalnya. antara gaya penulisan yang istimewa hadir dalam karya masyhur ini ialah unsur “aforisme”, iaitu unsur penulisan yang merujuk penggunaan bahasa perlambangan yang menunjukkan makna persamaan dan perbezaan dalam mesej, seperti simpulan bahasa, perumpamaan dan satira. oleh hal yang demikian, menerusi analisis perbandingan teks sumber dan teks sasaran, fokus pemerhatian dibuat terhadap terjemahan aforisme dalam penulisan ini. objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aforisme yang hadir dalam karya asli, diikuti dengan penelitian terhadap terjemahan aforisme yang dihasilkan dalam karya terjemahan. Penelitian terhadap pendekatan terjemahan dan prosedur terjemahan yang dimanfaatkan oleh penterjemah juga dilakukan. dapatan analisis menunjukkan terdapat enam jenis aforisme khusus yang ditemui dalam karya asal, iaitu aforisme berbentuk bayangan perwatakan watak, aforisme berbentuk pengakuan, aforisme berbentuk metafora, aforisme berbentuk usikan stereotaip, aforisme berbentuk usikan andaian budaya dan aforisme berbentuk klu jawapan seperti yang dikemukakan dalam kajian angel-lara (2015). dapatan kajian menunjukkan bahawa terjemahan aforisme dalam karya Tuan Gatsby (1988) dilihat berjaya mengekalkan nilai estetikanya menerusi penggunaan pendekatan dinamik yang dikemukakan oleh nida (1964) sebagai pendekatan terjemahan utama. Kata kunci : Penterjemahan teks kreatif, unsur aforisme, gaya retorik, gaya bahasa, pendekatan dinamik %U https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8065 %J Jurnal Bahasa %0 Journal Article %R 10.37052/jb20(2)no4 %P 267-286%V 20 %N 2 %@ 2462-1889 %8 2020-12-04