@article{jbhs, author = {Wong Shia Ho}, title = { Bahasa Figuratif sebagai Wahana Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {13}, number = {1}, year = {2013}, keywords = {}, abstract = {Ucapan merupakan pentas bagi seseorang pemimpin mengemukakan dasar pemikirannya. Pemikirannya pula sebahagiannya akan menjadi dasar negara. Sebelum menyelami pemikiran penutur, makna sebenar yang disampaikan melalui ucapan itu haruslah diketahui pendengarnya. Kajian ini menyelami pemikiran Tunku Abdul Rahman melalui ujaran implisit yang digunakan dalam ucapan awam. Kajian ini merupakan kajian data korpus. Penelitian dilakukan terhadap ujaran yang mengandungi unsur implisit (bahasa figuratif) secara lebih khusus untuk mendapatkan makna. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik yang memanfaatkan Teori Relevans (TR) yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson. Teori ini menekankan peranan kognitif, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Hasil kajian mendapati bahawa Tunku menggunakan ujaran implisit untuk membawa pemikiran sosiopolitik beliau khususnya tentang penjajahan dan kemerdekaan. Kata Kunci: pemikiran sosiopolitik, konteks, usaha memproses, pragmatik.}, issn = {2462-1889}, pages = {39--63}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8142} }