@article{jbhs, author = {Hetti Waluati Triana}, title = { Strategi Komunikasi antara Budaya Minangkabau-Mandailing: Analisis terhadap Interaksi Sosial Komuniti Kampus}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {12}, number = {2}, year = {2012}, keywords = {}, abstract = {Kajian ini mengungkapkan strategi komunikasi yang digunakan oleh suku bangsa Minangkabau dan Mandailing dalam lingkungan kampus. Data kajian ini diperoleh mengikut kaedah etnografi, iaitu pengamatan ikut serta dan temu bual. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan bahawa pemusatan dan penyimpangan merupakan strategi yang digunakan dalam berkomunikasi antara budaya Minangkabau-Mandailing. Dapatan ini menyokong teori akomodasi Giles (1975) dan model komunikasi konvergensi Rogers dan Kincaid (1981). Secara praktisnya, kedua-dua strategi tersebut aplikasinya secara bervariasi sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan kedua-dua strategi tersebut melibatkan tiga kod, iaitu bahasa persatuan (Indonesia), Minangkabau, dan Mandailing. Kata Kunci: strategi komunikasi antara budaya, komuniti kampus, Minangkabau, Mandailing, sosiopragmatik, dan etnografi}, issn = {2462-1889}, pages = {239--255}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8184} }