TY - JOUR AU - Yusof, Badriyah PY - 2021/12/05 TI - Identifikasi Subjek dalam Struktur Ayat Bahasa Melayu JF - Jurnal Bahasa; Jil. 21 Bil. 2 (2021): Jurnal Bahasa Jilid 21 Bil. 2 Disember 2021DO - 10.37052/jb21(2)no6 KW - N2 - Subjek merupakan salah satu konsep teras dalam ilmu linguistik Melayu kerana kepentingan kedudukannya untuk menentukan makna dan fungsi sesebuah binaan ayat. Subjek bukan saja merupakan unsur wajib yang menentukan hala tuju penceritaan yang ingin disampaikan tetapi juga melengkapkan binaan sintagmatik yang didasari kerangka sistem sesebuah bahasa. Dalam pembelajaran bahasa Melayu, proses identifikasi subjek ini seringkali dianggap rumit oleh pelajar khususnya pada peringkat menengah dan pengajian tinggi. Selaras dengan perkembangan tatabahasa bahasa Melayu, pengkajian terhadap subjek telah melalui transformasi dan integrasi beberapa pendekatan asing yang menggunakan kerangka sistem tatabahasa yang berbeza. Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas pengenalpastian konsep subjek dalam kerangka sistem tatabahasa bahasa Melayu serta elemen-elemen yang menentukannya. Dengan menggunakan pengkaedahan kontrastif dari segi konseptualisasi dan subteori ilmu logik dan nahuan, beberapa varian ayat diketengahkan bagi memperlihatkan binaan yang meskipun mempunyai makna keseluruhan yang hampir sama, namun boleh ditanggapi secara sistematik dan berbeza. Daripada penelitian artikel ini didapati bahawa tidak seperti subjek nahuan, subjek logik bagi struktur ayat bahasa Melayu tidak semestinya terdiri daripada FN. Dapatan artikel ini juga memperlihatkan bahawa subjek nahuan bukan merupakan unsur wajib dalam bahasa Melayu. Dari segi kepentingan kajian, artikel ini diharapkan agar dapat membuka ruang untuk kajian lanjutan di samping sebagai pendekatan alternatif dalam pengajaran bahasa Melayu pada semua peringkat. UR - https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8232