@article{jbhs, author = {Karim Harun}, title = { Pengaruh tatabahasa Eropah dalam tatabahasa bahasa Melayu awal}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {9}, number = {1}, year = {2009}, keywords = {}, abstract = {Penulisan tatabahasa bahasa Melayu yang bermula pada abad ke-17 dilakukan oleh orang Belanda. Tatabahasa bahasa Melayu pertama muncul dalam bentuk jadual yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603), diikuti oleh perbincangan beberapa aspek tatabahasa oleh Sebastian Danckaerts (1623), dan tatabahasa yang lengkap ditulis oleh Johannes Roman pada tahun 1653. Tatabahasa-tatabahasa ini ialah tatabahasa Melayu yang awal, dan juga antara tatabahasa terawal di dunia. Tatabahasa ini banyak dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa Eropah, misalnya perbincangan tentang konjugasi, kelas kata, dan sebagainya. Justeru makalah ini akan membincangkan pengaruh tatabahasa bahasa Eropah terhadap tatabahasa bahasa Melayu ini dari perspektif sejarah linguistik. Perbincangan akan memberikan tumpuan terhadap pengaruh bahasa Latin dan bahasa Belanda dalam tatabahasa bahasa Melayu.}, issn = {2462-1889}, pages = {40--56}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8503} }