@article{jbhs, author = {Norsimah Mat Awal dan Nor Hashimah Jalaluddin}, title = { Peluasan makna \"kuat\" melalui wanita dalam novel: satu analisis semantik kognitif}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {6}, number = {2}, year = {2006}, keywords = {}, abstract = {Kemunculan novel Alaf 21 mampu menarik perhatian pembaca sehingga jumlah novel yang terjual mencecah puluhan ribu naskhah. Sambutan baik terhadap novel ini menarik untuk dikaji. Tema percintaan dengan konflik rumah tangga menjadi mauduk kebanyakan penulis yang rata-ratanya wanita. Pemaparan watak wanita yang cekal telah menjadi tumpuan kajian kertas ini. Insyirah menghadapi suami yang cemburu, Najmah yang bermadu menghadapi lelaki yang tamak dan Farah yang \"mengganti tikar\" terperangkap dengan abang ipar dan suami yang ego. Konflik yang mencabar kekuatan spiritual wanita-wanita ini mampu dihurai dengan pendekatan linguistik. Peluasan makna \"kuat\" melalui jaringan radial semantik kognitifakan mengupas peranggu perkataan seperti kukuh, tabah, tidak gentar dan sebagainya yang dapat menggambarkan peribadi watak-watak yang dilakarkan. Meskipun novel selalunya dianggap milik kajian kesusasteraan tetapi kali ini novel dijadikan data korpus untuk dianalisis menggunakan teori linguistik yang boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya.}, issn = {2462-1889}, pages = {311--327}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8536} }