@article{jbhs, author = {Imran Ho Abdullah}, title = { Pendekatan linguistik kognitif dalam pemerian \"di antara\" / \"antara\"}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {5}, number = {3}, year = {2005}, keywords = {}, abstract = {Tatabahasa Dewan (1993) menggariskan beberapa preskripsi tentang penggunaan \"di antara\" dengan \"antara\". Ini termasuklah (a) \"di antara\" hanya digunakan untuk kedudukan fizikal atau arah [\"antara\" tanpa sendi nama \"di\" tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah]; (b) \"antara\" digunakan untuk menunjukkan perbandingan; (c) \"antara\" apabila diikuti oleh kata nama am, kata nama am tersebut tidak perlu diulang; (d) \"antara\" boleh diikuti oleh kata bilangan tentu, kata bilangan tidak tentu dan kata bilangan himpunan tetapi tidak boleh digunakan seiring dengan kata bilangan tingkat; (e) \"antara\" boleh diikuti oleh kata ganti nama diri; dan (f) \"di antara\" dan \"antara\" dipadankan dengan kata sendi nama \"dengan\" bukan kata hubung \"dan\". Kajian korpus pengkaji mendapati bahawa pengguna lebih kerap menggunakan struktur yang dikatakan \"salah\" dari segi rumus di atas. Dengan mengambil pendirian \"nahu praktis\", pengkaji mencadangkan satu deskripsi penggunaan \"antara\" dan \"di antara\" yang berasaskan tatabahasa kognitif. Mengikut huraian tatabahasa kognitif, pilihan penggunaan \"antara\" dan \"di antara\" mencerminkan konsepsi yang berbeza. Dan lebih penting lagi, konsepsi itu mempunyai asas yang kukuh dari segi keupayaan kognitif penutur dan boleh dikaitkan dengan pengalaman dan pengkonsepsian sejagat penutur.}, issn = {2462-1889}, pages = {1--29}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8599} }