@article{jbhs, author = {Aini Karim}, title = { Teori medan makna pendeskripsian leksikal kata kerja dalam bahasa Melayu}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {5}, number = {3}, year = {2006}, keywords = {}, abstract = {Kajian malcna sesuatu perkataan tidak seobjektif sesuatu kajian dalam bidang fonologi, morfologi atau sintaksis. Bagaimanapun, kajian makna perkataan tetap sahih dengan menggunakan metodologi yang mantap. Kertas kerja ini mengaplilcasikan teori Medan Makna bagi mendeslcripsilcan aspek-aspek leksikal sejumlah kata kerja dalam dialek Brunei bagi tujuan melihat persamaan dan perbezaannya dengan kata kerja yang dianggap sama maknanya dalam bahasa Melayu standard (BMS). Kata kerja yang dipilih daripada dialek Brunei ialah kata kerja yang dapat diklasifikasikan kepada dua kumpulan homonim: (i) kata kerja yang konotasinya berkaitan dengan \"aksi memukul\", dan (ii) kata kerja yang konotasinya berkaitan dengan \"aksi membersihkan\". Kata kerja yang dipilih cuma melibatkan aksi-aksi di rumah atau dalam satu nunah tangga. Persamaan dan perbezaan aspek leksikal bagi kata kerja yang dilakukan secara komparatif ini akan dipaparkan dengan lambang-lambang [+], [-] dan [±]. Aspek-aspek leksikal yang sama menjadi bukti tentang ciri-ciri makna yang dikongsi bersama sedangkan aspek-aspek leksikal yang berkontradiksi pula menjadi bukti bagi menunjukkan kelainan dari aspek makna. Analisis berdasarkan Metodologi Komponen Makna dengan jelas menunjukkan bahawa tidak ada mana-mana kata kerja dalam dialek Brunei yang bersinonim dengan kata kerja dalam BMS. Walaupun ciri-ciri semantik kata kerja kedua-dua bahasa yang dibandingkan adalah sedemikian nipa, mana-mana kata kerja dalam dialek Brunei (mahupun dalam dialek-dialek lain) yang persis dengan mana-mana kata kerja dalam BMS wajar diserapkan sebagai leksikon BMS.}, issn = {2462-1889}, pages = {78--104}, url = {http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8602} }
https://www.rahaward.org/
slot gacor
slot paling gacor
https://www.hsuf-journal.com.ua/
https://jaabjournal.org/
https://unitomo.id/