Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu

(The Aspirated Vowels and the Geminated Consonants h [hh] ~ [hh]in the Process of Derivation of Malay words)

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand
  • Manavavee Mamah Krungthep, Thailand

Abstrak

Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [ú] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaúa]. Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran -an {-an} atau -i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi. Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan. Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti. Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran -an {-an} atau -i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer. Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [hú] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan. Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [hú] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu. Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h [hh] ~ [hú] dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran.


Kata kunci: aspirasi, geminasi, geseran, konsonan beraspirat, konsonan bergeminasi, letupan, vokal beraspirat

Biografi Penulis

Manavavee Mamah, Krungthep, Thailand

Pensyarah Program Bahasa Melayu di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Yala Rajabhat (YRU), Thailand.

Rujukan

Jo'o, Hakutaro (城生伯太郎). (1992). 音声学(Phonetics). 3rd edition. Tokyo: Apollon.

Jo'o, Hakutaro (城生伯太郎). (2008). 実験音声学入門 (Introduction to Experimental Phonetics). Tokyo: Sun Educational.

Koizumi, Tamotsu (小泉保). (1996). 音声学入門 (An Introduction to Phonetics). Tokyo: Daigakushorin.

Manavavee Mamah. (2012) Fenomena Geminasi Konsonan Dalam Proses Penerbitan Kata: Kajian Kes Bahasa Melayu Standard. Tesis Sarjana Sastera (MA). Universiti Brunei Darussalam.

Oka, Shigenori (岡滋訓). (2008). タイ語発音教室 (Thai Pronunciation). Bangkok: Voice.

Ophuijsen, Ch.A. van. (1910, 1915). Maleische Spraakkunst. Leiden: S.C. Van Doesburgh.

Sato, Hirobumi @ Rahmat. (2002). Permulaan Fonetik dan Fonologi. Edisi ke-3. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam

Sato, Hirobumi @ Rahmat. (2011). "Analisis Akustik Konsonan /-h/ dalam Kata Terbitan Berimbuhan {-an} /-an/", dlm. Jurnal Bahasa 22, hlm. 110-126. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sato, Hirobumi @ Rahmat. (2015). "Hipotesis Bunyi Palatalisasi [nj] dan Bunyi Belakang-Gusi [n̠] dalam Bahasa Melayu: Penjelasan Fonetik Akustik", dlm. Jurnal Bahasa 15:2, hlm. 267-290, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Tanaka, Harumi et al. (田中春美他). (1988). 現代言語学辞典 (Seibido's Dictionary of Linguistics). Tokyo: Seibido.

Zainal Abidin Ahmad (Za'ba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Karya asal 1941, 1946, 1947. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2018-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hirobumi, S., & Mamah, M. (2018). Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 18(1), 121-158. doi:10.37052/jb18(1)no6