Analisis Fonologi Subdialek Melayu Kedah Kunluang dalam Wayang Kulit Seri Asun

(A Phonological Analysis of the Kedah Malay Kunluang Sub-dialect in Wayang Kulit Seri Asun)

  • DARWALIS SAZAN Universiti Sains Malaysia
  • Md Zahril Nizam Md Yusoff Universiti Sains Malaysia
  • Noriah Mohamed Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kajian ini membincangkan dan menganalisis fonologi subdialek Melayu Kedah Kunluang dalam Wayang Kulit Seri Asun (SMKK). Subdialek Melayu Kedah Kunluang ini terangkum dalam subdialek Kedah Utara, yakni subdialek yang dituturkan meliputi timur laut Jitra hingga ke sempadan Thailand-Malaysia (Asmah, 1988). Kajian ini diketengahkan untuk, (1) menampung kelompangan kajian variasi subdialek di kawasan, daerah dan mukim, (2) mengkaji sekiranya terdapat unsur pengaruh variasi dialek Kedah Siam dalam SMKK. Analisis data kajian dijalankan berlandaskan proses fonologi mengikut Teori Fonologi Generatif oleh Chomsky dan Halle (1968). Analisis data ini akan dihuraikan daripada input (struktur dalaman) kepada output (struktur permukaan) untuk menggambarkan representasi sebutan sebenar dalam SMKK. Dapatan analisis kajian memperlihatkan proses fonologi yang berlaku dalam SMKK ialah pendiftongan, pemanjangan vokal, perendahan vokal, penggantian konsonan, perubahan konsonan, asimilasi nasal, pengguguran konsonan, pengglotisan, penasalan vokal dan penyisipan. Hal ini menjelaskan bahawa proses fonologi SMKK adalah seragam dengan dialek Kedah Standard dan tidak menerima sebarang pengaruh daripada variasi dialek Kedah Siam, walaupun SMKK dituturkan di daerah Kubang Pasu berhampiran dengan daerah Padang Terap, Kuala Nerang dan lain-lain yang jelas menerima pengaruh daripada variasi dialek Kedah Siam.


Kata kunci: fonologi, proses fonologi, dialek Melayu Kedah, subdialek Melayu Kedah Kunluang, Wayang Kulit Seri Asun

Biografi Penulis

Noriah Mohamed, Universiti Sains Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Rujukan

Abdul Karim Ismail. (1971). Dialek Baling - sifat-sifat umum kumpulan teks Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar. (1977). The phonological diversity of the Malay dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1986). Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chomsky, N dan Halle. M. (1968). the sound pattern of English. New York: Harper & Row Publisher.

Farid Mohd. Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology: A generative approach. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ida Ahmad. (1969). Fonologi bahasa Kedah. Jurnal Dewan Bahasa, 13(12), 531-537.

Noriah Mohamed. (2014). Leksikal umum dan eufemisme dalam dialek Melayu Kedah dengan bahasa Melayu standard. In Noriah Mohammed dan Radiah Yusoff (Eds.). Pendekatan kontrastif dan komparatif: Bahasa-bahasa di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Persembahan Wayang Gedek Seri Asun: Budi Bahasa Budaya Kita. (2006). Video. Kedah: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah.

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahidi A. Hamid (2012). Analisis fonologi subdialek Kedah Utara. In Rahim Aman (Ed.). Bahasa Melayu bahasa universal. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib Ismail. (1971). Dialek Kedah persisiran: Satu kumpulan teks serta pembicharaan linguistik (Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera tidak diterbitkan). Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tajul Aripin Kassin. (2011). Modul MLL 301 Malay phonetics and phonology. Singapura: University of Singapore Institute of Management.

Tajul Aripin Kassin. (2014). Modul pengajaran dan pembelajaran HMT 501.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Teoh Boon Seong. (1994). The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wayang Kulit Seri Asun: Nasib Si Miskin. (2004). Video. Kuala Lumpur: INSICTECH MUSICLAND SDN. BHD.

Wayang Kulit Seri Asun: Awang Kena Naya. (2006). Video. Kuala Lumpur: INSICTECH MUSICLAND SDN. BHD.

Wayang Kulit Seri Asun: Air Mata Ibu Tiri. (2008). Video. Kuala Lumpur: INSICTECH MUSICLAND SDN. BHD.

Wayang Kulit Seri Asun: Gila Gambar. (2010). Video. Kuala Lumpur: INSICTECH MUSICLAND SDN. BHD.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. e-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1 (1), 26.
Telah diterbitkan
2019-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
SAZAN, D., Md Yusoff, M., & Mohamed, N. (2019). Analisis Fonologi Subdialek Melayu Kedah Kunluang dalam Wayang Kulit Seri Asun. Jurnal Bahasa, 19(2), 169-198. doi:10.37052/jb.19(2)no1