Sudut Pandangan dalam Cereka Melayu

(Point of View in Malay Fiction)

  • Mohammad Fadzeli Jaafar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Sudut pandangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan sesuatu yang sedang didengar atau diilihat oleh watak dalam sesebuah cereka. Lazimnya sudut pandangan dipersembahkan dalam bentuk ganti nama dan modaliti. Kajian ini meneliti penggunaan kedua-dua penanda bahasa tersebut dalam cereka Melayu. Aspek ganti nama dianalisis dari sudut subjektiviti dan objektiviti. Aspek modaliti pula dibincangkan dari segi bentuk dan maknanya dalam teks. Hal ini kerana keterbatasan pengetahuan pengarang dapat diukur melalui kehadiran ganti nama dan modaliti. Untuk tujuan tersebut, kajian ini mengkaji sejumlah cebisan karya berbahasa Melayu untuk mengetahui strategi penggunaan ganti nama dan modaliti. Untuk mengenal pasti kategori dan makna modaliti, kajian ini menggunakan kerangka modaliti yang dicadangkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian mendapati sudut pandang ketiga bertujuan untuk menggambarkan pengetahuan serba tahu pengarang, sementara sudut pandang pertama memperlihatkan pengetahuan yang terbatas. Penggunaan modaliti dalam teks sastera Melayu pula sangat bervariasi. Contohnya barangkali, mungkin dan boleh jadi berfungsi untuk menggambarkan keterbatasan pengetahuan pengarang. Kata dapat dan sudah pula memperlihatkan pengetahuan serba tahu pengarang. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa darjah kebenaran sesuatu proposisi berbeza-beza, iaitu bergantung pada kategori modaliti.


Kata kunci: Ganti nama, modaliti, sudut pandangan, subjektiviti, objektiviti

Rujukan

Al-Alami, S. (2019). Point of view in narrative. Theory and Practice in Language Studies, 9(8), 911-916.

Anwar, R. (1989). Sudut pandangan dalam cereka. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi, A. (1987). Seorang tua di kaki gunung. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diasamidze, I. (2014). Point of view in narrative discourse. Procedia Social and Behavioral Sciences, 158 (2014), 160-165.

Lyons, J. (1977). Semantics. Cambridge University Press.

Leech, G.N., & Short. M.H. (2007). Style in fiction. Edisi kedua. Pearson Longman.

Halliday. M.A.K. (1994). An introduction to functional grammar. Arnold

Halliday, M.A.K., & Matthiessen, C.M.I. (2004). An Introduction to Functional Grammar. Edisi kedua. Arnold.

Iran Nasseri Sisakht. (2014). Analysis of narrative and importance of point of view in novels. International Journal of Science and Research IJSR, 3(7), 181-184.

Iwamoto, N. (1998). Modality and point of view: A constrastive analysis of Japanese wartime and peacetime newspaper discours. Edinburgh Working Paper in Applied Linguistics. Number 9. 1998. 1-28.

Palmer. F.R. (2001). Mood and modality. Edisi kedua. Cambridge University Press.

Parina, J.C., & Dasha de Leon, K. (2014). A stylistic analysis of the use of modality to identify the point of view in a short story. GEMA Journal Online, 20 (2).

Sayembara II: Cerpen Hadiah Esso-Gapena. (1987). Dewan bahasa dan Pustaka.

Sayembara IX: Cerpen Hadiah Esso-Gapena. (1995). Dewan bahasa dan Pustaka.

Shakila, A. M. (2018). Point of view in Conrad's Almayer's Folly: A stylistic perspective. Kemanusiaan, 25(1), 167-190.

Short. (1996). Exploring the language of poems, plays and prose. Longman.

Simpson, P. (1993). Language, ideology and point of view. Routledge.

Simpson, P. (2014). Stylistics. Edisi Kedua. Routledge.

Wiebe, J. M. (1994). Tracking point of view in narrative. Computational Linguistics, 20 (2), 233-287.
Telah diterbitkan
2021-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jaafar, M. (2021). Sudut Pandangan dalam Cereka Melayu. Jurnal Bahasa, 21(1), 23-40. doi:10.37052/jb21(1)no2