@article{jbhs, author = {Sakinah Nik Muhammad Naziman dan Sharifah Syed Jaafar dan Mohammad Jaafar}, title = { Debukalisasi Kata Pinjaman Bahasa Inggeris dalam Dialek Kelantan}, journal = {Jurnal Bahasa}, volume = {14}, number = {2}, year = {2014}, keywords = {}, abstract = {Makalah ini menganalisis proses debukalisasi yang berlaku apabila perkataan bahasa Inggeris dipinjam oleh dialek Kelantan. Debukalisasi merupakan proses perubahan bunyi apabila sesuatu konsonan itu kehilangan daerah artikulasinya (fitur daerah) yang sebenar dan berubah menjadi [h] atau [/]. Dengan menggunakan data sekunder daripada kajian lepas oleh Shapri (1980) dan analisis berdasarkan tatatingkat kekangan, kata pinjaman Inggeris dalam dialek Kelantan yang mengalami proses fonologi debukalisasi ini akan dibincangkan dalam kajian ini. Hasil analisis mendapati proses ini bukan sahaja berlaku terhadap konsonan /p/, /t/ dan /k/ (glotalisasi) dalam dialek Kelantan seperti /kica/ \"kicap\", /jahe/ \"jahit\" dan /lasĀ/ \"lasak\", tetapi juga berlaku terhadap beberapa konsonan yang lain seperti /f/, /t/, /b/ dan /g/. Contohnya perkataan /pla/ yang dipinjam daripada kata Inggeris \"plug\". Daripada permerhatian didapati proses fonologi debukalisasi yang berlaku terhadap kata pinjaman Inggeris dalam dialek Kelantan hanya berlaku di lingkungan koda akhir kata. Kata kunci: bahasa Inggeris, teori optimaliti, debukalisasi, kata pinjaman, dialek Kelantan}, issn = {2462-1889}, pages = {272--288}, url = {https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4274} }