Nilai Spiritual dalam Pemikiran Za'ba

  • Ratna Roshida Ab Razak Universiti Putra Malaysia

Abstract

Za’ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad bukan sekadar pendeta dan pemikir yang mempunyai mata hati yang tajam, malahan beliau juga seorang ahli spiritual yang mempunyai makna, tujuan dan nilai hidup yang sangat jelas. Pengiktirafan yang diberikan kepada beliau oleh Alam Melayu dan masyarakat Melayu khususnya, sukar untuk ditandingi hinggalah ke saat ini. Beliau sangat menitikberatkan penghayatan Islam secara menyeluruh dengan memberi penekanan kepada kesugguhan untuk menggunakan dunia demi kebahgaian hidup di akhirat. Kesalahan dalam berfikir bagi Za’ba telah menjurus kepada kelemahan dalam membuat sesuatu keputusan dan seterusnya bertindak. Meskipun tulisan beliau telah berusia hampir 70 tahun, namun intipati dan topik perbincangan, masih kekal relevan sehingga ke saat ini. Kesungguhannya dalam memastikan pola pemikiran bangsa Melayu berada di atas landasan yang betul lagi benar, sebagaimana yang digariskan oleh ajaran Islam itu sendiri amat jelas kelihatan dalam tulisan beliau. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan  untuk meneliti dan menganalisis bagaimana aspek spiritual menjadi inti pati pemikiran Za’ba sebagaimana yang terdapat dalam tulisannya.

Published
2021-01-01
How to Cite
AB RAZAK, Ratna Roshida. Nilai Spiritual dalam Pemikiran Za'ba. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 14, n. 1, p. 141-158, jan. 2021. ISSN 2682-8049. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/7945>. Date accessed: 28 jan. 2021.