Polisi Hak Cipta dan Pelesenan
Notis Hak Cipta
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit (Dewan Bahasa dan Pustaka). Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa.
Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
Muat Turun Borang Pengisytiharan dan Penyerahan Hak Cipta
Lesen
Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah jurnal capaian terbuka. Jurnal ini menggunakan Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) dan tertakluk pada terma dan syarat yang terdapat dalam lesen tersebut.




