Kecerdasan Emosi dalam Personaliti Perwatakan Pemimpin Berdasarkan Novel Paradoks Karya Affifudin Omar

Pengarang

  • Nordiana Hamzah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml38(2)no6

Abstrak

Kajian ini bertujuan meneliti peranan kecerdasan emosi bagi membentuk personaliti watak pemimpin berdasarkan novel Paradoks dengan menggunakan dua kerangka teori utama, iaitu teori kecerdasan emosi Daniel Goleman dan teori personaliti Sigmund Freud. Permasalahan kajian timbul apabila aspek emosi dan psikologi kepimpinan dalam karya sastera Melayu masih kurang diberikan perhatian, sedangkan analisis terhadap dimensi dalaman watak dapat memperkaya kefahaman tentang kepimpinan berasaskan nilai kemanusiaan. Watak pemimpin dalam novel Paradoks memperlihatkan konflik dalaman, dilema moral serta perjuangan antara naluri dengan rasional yang mencerminkan keseimbangan antara id, ego dan superego. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis lima komponen kecerdasan emosi Goleman, iaitu menyedari emosi kendiri, mengawal emosi kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial berinteraksi dengan tiga lapisan personaliti Freud id, ego dan superego bagi membentuk gaya kepimpinan yang efektif dan berintegriti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian teks terhadap novel Paradoks sebagai sumber data utama. Senarai semak berasaskan kedua-dua teori digunakan bagi memastikan analisis dijalankan secara sistematik dan berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseimbangan antara kecerdasan emosi dengan lapisan personaliti memainkan peranan penting bagi membentuk keutuhan watak pemimpin yang berjiwa insani dan berpandangan jauh. Kesimpulannya, pengintegrasian teori kecerdasan emosi dan teori personaliti memberikan kerangka yang signifikan untuk memahami kepimpinan dalam kesusasteraan Melayu serta menyumbang kepada pembangunan wacana kepimpinan berasaskan psikologi dan nilai kemanusiaan.    

Teks penuh: PDF

Kata kunci: kecerdasan emosi, personaliti pemimpin, id, ego, superego dan sastera Melayu

 

Rujukan

Diterbitkan

2025-12-31

Cara Memetik

Kecerdasan Emosi dalam Personaliti Perwatakan Pemimpin Berdasarkan Novel Paradoks Karya Affifudin Omar. (2025). Malay Literature, 38(2). https://doi.org/10.37052/ml38(2)no6