Potensi Kecerdasan Buatan Generatif dalam Penulisan Puisi Gaya SM Zakir

Pengarang

  • Balqis Mohd Bakri Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Roslina Abu Bakar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
  • Nur Lailatul Akma Zainal Abidin Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml38(2)no7

Abstrak

Populariti teknologi kecerdasan buatan generatif oleh pengguna internet telah menjadi suatu pembukaan pada dimensi baharu dalam penulisan puisi kreatif. Kajian yang berbentuk kualitatif ini bertujuan mengenal pasti ciri struktural yang hadir dalam puisi “Matahari Jatuh di Hujung Belukar” hasil penulisan SM Zakir serta melakukan satu analisis perbandingan antara puisi asal oleh SM Zakir dengan puisi yang telah dihasilkan oleh kecerdasan buatan generatif berdasarkan gaya penulis asal, iaitu SM Zakir, dengan menggunakan pendekatan struktural oleh Claude Lévi-Strauss. Instrumen kajian melibatkan analisis ciri bahasa, metafora, dan falsafah dalam puisi menggunakan teori struktural untuk menilai sejauh mana teknologi ini dapat meniru gaya penulisan penulis asal. Dapatan kajian mendapati teknologi kecerdasan buatan generatif berkemampuan untuk meniru beberapa aspek seperti metafora yang kompleks, kedalaman falsafah, serta struktur naratif kontemporari yang wujud dalam puisi SM Zakir. Namun begitu, elemen kemanusiaan serta kreativiti yang asli dan mendalam masih belum dapat ditiru sepenuhnya oleh teknologi kecerdasan buatan generatif ini. Kajian ini menyimpulkan bahawa teknologi kecerdasan buatan generatif hanya dapat berfungsi sebatas instrumen ataupun alat bantu untuk para penulis dalam proses kreativiti penulisan, sekaligus mengekalkan nilai estetika serta identiti budaya dalam puisi Bahasa Melayu dengan keterbatasan yang dihadapi oleh teknologi kecerdasan buatan generatif ini.  

Teks penuh: PDF

Kata Kunci: kecerdasan buatan generatif, alat bantu penulis, teknologi sastera, SM Zakir, puisi Melayu, penulisan kreatif

 

Rujukan

Diterbitkan

2025-12-31

Cara Memetik

Potensi Kecerdasan Buatan Generatif dalam Penulisan Puisi Gaya SM Zakir. (2025). Malay Literature, 38(2). https://doi.org/10.37052/ml38(2)no7