Analisis Hermeneutik Puisi sebagai Medium Refleksi Diri dan Terapi Emosi dalam Antologi Puisi: Bicara Sunyi (2024)

Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok Kedah.
  • Jacquelina Karimon Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ),Universiti Sains Malaysia, 11800, Minden, Pulau Pinang.
  • Steven Alezender Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini meneliti Antologi Puisi: Bicara Sunyi (2024) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa  dan Pustaka serta disusun oleh Ibnu Din Assingkiri, dengan memberikan tumpuan kepada tema-tema utama seperti kesunyian, cinta, perjuangan peribadi, refleksi diri dan hubungan manusia dengan alam. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis tematik dan hermeneutik bagi memahami makna berlapis yang disampaikan melalui simbolisme dan metafora dalam puisi-puisi terpilih. Simbolisme seperti dedaun kering, angin semilir, laut, cermin dan senja digunakan untuk menggambarkan pengalaman emosi manusia yang kompleks, termasuk keterasingan, kehilangan, pencarian identiti dan makna kehidupan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi dalam antologi ini bukan sahaja berfungsi sebagai ekspresi seni, tetapi turut menjadi medium refleksi diri dan terapi emosi melalui proses introspeksi dan pemaknaan pengalaman hidup. Pendekatan hermeneutik turut memperlihatkan makna puisi berkembang melalui hubungan antara teks, simbolisme dan pengalaman pembaca. Penemuan kajian ini menyerlahkan potensi puisi moden Malaysia sebagai wahana untuk memahami persoalan eksistensi manusia serta membina hubungan emosi yang mendalam antara pembaca dengan teks. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang peranan puisi dalam sastera moden Malaysia, khususnya sebagai medium pemaknaan kehidupan dalam masyarakat kontemporari.

 Kata kunci: Antologi Puisi, Hermeneutik, Refleksi Diri, Terapi Emosi, Simbolisme, Puisi Moden Malaysia

Rujukan

Diterbitkan

2026-06-30

Cara Memetik

Analisis Hermeneutik Puisi sebagai Medium Refleksi Diri dan Terapi Emosi dalam Antologi Puisi: Bicara Sunyi (2024). (2026). Malay Literature, 39(1). https://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/article/view/9262