Tujuan dan Skop

Tujuan jurnal ini adalah untuk meneroka dan menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan sastera di alam Melayu. Pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak mewakili sidang editorial Dewan Bahasa dan Pustaka.

Skop jurnal ini merangkumi bidang Kesusasteraan Remaja, Kesusasteraan Kanak-kanak, Kesusasteraan dan Gender, Estetika Kesusasteraan Melayu, Teori Kesusasteraan, Sosiologi Sastera, Kesusasteraan Bandingan, Sejarah Sastera, Sastera Islam, Prosa Melayu Moden, Puisi Melayu Moden, Sastera Lisan Melayu, Pengurusan Sastera Melayu, Penulisan Kreatif Melayu, Sastera elektronik , Sastera dan Undang – undang, Karya Agung Sastera Melayu, Puisi Melayu Tradisional dan Folklor Melayu.