Silsilah Raja-raja Brunei sebagai sebuah Karya Historiografi Melayu
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis ciri-ciri historiografi Melayu dalam Silsilah Raja-raja Brunei bagi membuktikan kedudukannya sebagai sebuah karya historiografi Melayu. Naskhah ini bukan sahaja berfungsi sebagai rujukan senarai keturunan sultan-sultan Brunei, tetapi turut berperanan untuk membina legitimasi politik, menyebarkan nilai keagamaan dan membentuk identiti budaya masyarakat Brunei. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pustaka maya bagi memperoleh sumber rujukan yang berkaitan, serta kaedah analisis teks terhadap Manuskrip A dan Manuskrip B yang ditransliterasi oleh Sweeney (1968). Analisis dilakukan berpandukan kerangka empat ciri utama yang dikemukakan oleh Teuku Iskandar (1988) dan Harun Mat Piah et al. (2006), iaitu asal usul raja, salasilah keturunan raja, pembukaan negeri, serta kedatangan dan perkembangan agama Islam. Dapatan kajian membuktikan bahawa kedua-dua manuskrip memenuhi semua ciri tersebut yang memperlihatkan bahawa karya ini ialah karya historiografi Melayu yang kaya dengan dimensi sejarah, politik, agama dan budaya dalam khazanah persuratan Nusantara. Sehubungan dengan itu, kajian ini tidak hanya penting dari sudut akademik, malah turut memberikan implikasi terhadap usaha pemeliharaan warisan budaya dan pengajaran sejarah Melayu-Brunei di pelbagai peringkat.
Kata kunci: Silsilah raja-raja Brunei, sejarah Brunei, historiografi Melayu, legitimasi kuasa, Islamisasi




Ketua Editor,