A Kajian Perbandingan Bahasa Figuratif dalam Puisi Patriotik Karya Paul Celan dan Usman Awang
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml38(2)no4Abstrak
Kajian ini bertujuan membandingkan dan menganalisis bahasa figuratif dalam puisi-puisi patriotik karya Paul Celan dan Usman Awang. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan jenis-jenis bahasa figuratif yang digunakan dalam puisi-puisi tersebut serta, menerusi analisis dan perbandingan, mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam penggunaanya oleh kedua-dua pemuisi. Kajian ini juga bertujuan memahami dengan lebih mendalam bagaimana komunikasi figuratif digunakan melalui wadah linguistik dan budaya yang berbeza bagi menghasilkan makna serta membangkitkan impak emosi. Kajian ini menggunakan Teori Bahasa Figuratif oleh Perrine (1977) untuk menentukan jenis-jenis ekspresi figuratif bagi membandingkan dan membezakan penggunaan bahasa figuratif antara kedua-dua pemuisi. Metodologi kajian ini melibatkan analisis terhadap tiga buah puisi Jerman, iaitu “Schwarze Flocken,” “Todesfuge,” dan “Psalm,” dan tiga buah puisi Melayu, iaitu “Damai,” “Tanahair,” dan “Pahlawan Kemerdekaan.” Analisis menunjukkan bahawa puisi-puisi Paul Celan mengandungi unsur personifikasi, metafora, ironi, simbol, simile (perumpamaan), hiperbola, kenyataan yang kurang benar (understatement) dan sinekdoke. Sebaliknya, puisi-puisi Melayu karya Usman Awang menggunakan teknik personifikasi, metafora, ironi, simbol, apostrof (koma atas), metonimi, hiperbola, sinekdoke dan paradoks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi patriotik karya Paul Celan banyak menggunakan metafora dan simbol untuk menggambarkan kengerian peristiwa Holocaust, manakala puisi-puisi Usman Awang pula menggunakan personifikasi dan hiperbola untuk menggambarkan hasrat juang rakyat bagi meraih kemerdekaan.
Kata kunci: bahasa figuratif, patriotisme, analisis sastera perbandingan, puisi, Paul Celan, Usman Awang
Teks penuh: PDF




Ketua Editor,