Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik

(The Dissemination of Pattani Dialect in Perak: A Geolinguistics Analysis)

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti dialek Patani di Perak. Kesan penghijrahan sebilangan besar masyarakat Patani, akibat peperangan dan demi kelangsungan hidup mereka, telah menyebabkan wujudnya satu subdialek Melayu di Perak yang dikenali sebagai dialek Patani. Satu kajian lapangan telah dilakukan di 22 buah kampung di daerah Larut Matang Selama, Kuala Kangsar dan Hulu Perak yang melibatkan 156 responden yang mendapati wujudnya dialek ini. Kajian ini mengaplikasikan perisian Geographical Information System (GIS) yang dapat menjelaskan hubungan geografi dengan linguistik atau mudahnya geolinguistik. Secara tidak langsung, penyebaran dialek ini dikaitkan dengan faktor ruang dan bentuk muka bumi. Dahulunya, petempatan masyarakat Patani adalah di lereng bukit dan gunung kerana faktor keselamatan, tetapi kini mereka lebih terbuka dan berhijrah ke kawasan tanah pamah di sekitar Lenggong hingga berlaku interaksi dengan masyarakat setempat. Pertembungan ini telah berjaya menghasilkan beberapa leksikal baharu yang dikacuk bersama dialek tempatan seperti [muh̃a] untuk "kamu semua", [bantA] untuk "bantal" dan [ph] untuk "opah" (nenek). Yang menariknya, didapati beberapa kata pinjaman dialek Perak digunakan dengan meluas dalam dialek Patani.


Kata kunci: Patani, GIS, dialek, ruang, geolinguistik, penyebaran

Biografi Penulis

Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

Abdul Halim Nasir, 1977. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Abdul Hamid Mahmood, 1994. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins. J.T., 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins. J.T., 1999. "Negeri dan Bahasa: Sempadan Politik, Sempadan Linguistik" dlm. Di Sekitar Konsep Negeri. Kuala lumpur: Perpustakaan Negeri Malaysia.

Ismail Dahaman, 2003. Glosari Dialek Kedah : Kosa Kata Dialek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad dan Norli Safina Sanit, 2014. "Geolinguistics and Geospatial in Malay Dialect Study in the Riverfront Perak". Kertas kerja dibentangkan di International Seminar Malay Indonesia Linguistics pada 6 dan 7 Jun. Napoli, Italy.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustaffa Omar dan Mokhtar Jaafar. 2013. "Lexical Variation and Distribution in Perak Malay: A GIS Approach". Kertas kerja dibentangkan di South East Asia Linguistics Society pada 25 dan 27 Jun. Chulallongkorn University, Bangkok.

Raja Mukhtaruddin, 1986. Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak.

Ruslan Uthai, 2011. Keistimewaan Dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Teeuw, A. dan Wyatt, D.K., 1970. Hikayat Patani and the Story of Patani. The Hague: Koninklijk Institut.

Yusmaniza Yusoff, 2014. Penyebaran Dialek Melayu di Perak: Pemetaan Menggunakan Aplikasi GIS. Tesis Sarjana Program Linguistik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Telah diterbitkan
2015-07-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 310-330. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/4494/1323