Pantun sebagai Bahan dan Tradisi Logik Melayu Berdasarkan Hubungan Makna Pembayang-Maksud

(Pantun a Source and Tradition of Malay Logic based on the Pembayang-Maksud Relationship)

  • Tee Boon Chuan Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman

Abstrak

Hubungan makna antara unit pembayang dan maksud telah banyak dibincangkan oleh sarjana, namun belum lagi difahami sebagai hasil penaakulan analogi Melayu. Kekurangan ini akan ditangani dalam artikel ini yang tujuannya untuk membentuk penaakulan pantun agar dapat dikemukakan dan dijelaskan, sekali gus mengesahkan bahawa pantun ialah bahan dan tradisi logik Melayu dalam sejarah keilmuan Melayu. Keberadaan logik pantun dapat dibuktikan melalui keberadaan "pantun yang cukup elok" menurut pengelasan Za'ba, dan skopnya dicadangkan terdiri daripada lima, iaitu (1) peri alat tahu (yang mengungkapkan unit pembayang dan maksud), (2) peri objek tahu (isi unit pembayang dan maksud), (3) peri perbahasan atau kebolehanalogian (unit pembayang berhubungan secara analogi dengan unit maksud serta punca-punca kegagalannya), (4) peri penaakulan analogi (bentuk dan jenis analogi yang digunakan dalam penggubahan pantun), dan (5) peri falsafah penaakulan (justifikasi tentang keunikan dan kelebihan pantun bertaakul secara analogi). Berdasarkan pantun bertulis terawal dari tahun 1371 M, sejarah bertulis logik pantun secara khusus dan sejarah logik Melayu secara umum sepanjang 650 tahun dapat dibina semula menurut kerangka skop logik pantun yang dicadangkan artikel ini.


Kata Kunci: pantun, taakul, analogi, logik, Melayu

Rujukan

Hassan, A. (2016). Bahasa dan pemikiran Melayu (Pesanan terakhir pejuang bahasa). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Holyoak, K. J. (2012). "Analogy and relational reasoning," The Oxford handbook of thinking and reasoning (pp. 234-259). Oxford University Press.

Teuku iskandar (1995). Kesusasteraan klasik Melayu sepanjang abad. Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.

Harun Mat Piah. (1989 / 1997). Puisi Melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (2007). Pantun sebagai artifak budaya. Universiti Pendidikan sultan idris.

Needham, J. (1998). Science and Civilisation in China, The social background, Volume 7 Part 1, Language and logic in traditional China. Cambridge University Press.

Mohd. Taib Osman. (1975). Warisan puisi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. (2016). Ghairah dunia dalam empat baris: sihir pantun dan estetikanya. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Mohd. Rosli, S. (2007). Seni berpuisi. Goal Intelligent.

Spangler, M. M. (1987). Logic: An Aristotelian approach. University Press of America.

Street, T. (2004). "Arabic Logic," Handbook of the History of Logic, Volume 1" Greek, Indian and Arabic Logic. (pp. 523-596). Elsevier.

Noriah Taslim (peny.), (2015). Pantun perawi. Penerbit Universiti sains Malaysia.

Tee, B. C. (2020). "Logik Buddha zaman srivijaya dan dampaknya terhadap pantun Melayu," Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(1), 133-160.

Tittle, P. (2011). Critical thinking: An appeal to reason. Routledge.

Satis Chandra, V. (1921). A history of Indian logic: Ancient, mediaeval and modern schools. Calcutta University.

Za'ba. (2002). Ilmu mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar. (1983 / 2018). Kumpulan pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2021-07-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Boon Chuan, T. (2021). Pantun sebagai Bahan dan Tradisi Logik Melayu Berdasarkan Hubungan Makna Pembayang-Maksud. Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 14(2), 263-284. doi:10.37052/jm.14(2)no6