Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

  • Salmah Jan Noor Muhammad Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Abstrak

Manuskrip Melayu merupakan khazanah berharga yang mencatatkan rekod pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan kesultanan Melayu. Menerusi catatan peristiwa tersebut, terdapat pelbagai ilmu yang dapat diselongkar sebagai pustaka watan. Pustaka watan ialah himpunan ilmu tempatan yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat selain membuktikan ketinggian keintelektualan zaman silam yang dapat diwarisi. Antara ilmu yang dapat dikenal pasti ialah ilmu diplomatik. Ilmu diplomatik ialah pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan. Perkembangan pengurusan serta pengukuhan kestabilan pemerintahan kesultanan Melayu adalah bersandarkan cetusan hubungan ini. Kepelbagaian perkongsian sumber organisasi dan bahan semula jadi menjadikan hubungan antara dua atau lebih kerajaan menjadi akrab dan dapat membina hubungan atas dasar percaya dan keyakinan masing-masing. Namun demikian, ilmu diplomatik sebagai pustaka watan masih lagi belum berkembang kajiannya. Oleh itu, makalah ini akan menghuraikan serta menganalisis ilmu diplomatik sebagai pustaka watan dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Dalam pada itu, kaedah kepustakaan dan juga analisis teks digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat bentuk dan juga kaedah pengendalian ilmu diplomatik sebagai pustaka watan menerusi naskhah terpilih. Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan kepada pengkaji bidang lain yang berkaitan agar memanfaatkan data yang telah direkodkan oleh para ilmuwan terdahulu dalam manuskrip Melayu.

Rujukan

1. Afzal Iqbal. (2000). Diplomasi Islam. Pustaka Al-Kautsar.
2. Amat Juhari Moain & Abdul Rashid Melebek. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
3. Bijan Bidabad. (2012). Diplomacy principles: An Islamic sufi approach– continuation. International Journal of Law and Management, 54(6), 422-442.
4. Cortesao, A. (Ed.).(1944). The Suma Oriental of Tome Pires (Jilid Dua.). Kakluyat Society.
5. Daft, R. L, & Marcic, D. (2006). Understanding management. Thomson South Western.
6. Fadhulullah Jamil. (1984). Perhubungan antara Kerajaan Aceh dengan semenanjung Tanah Melayu. satu tinjauan sejarah di sekitar abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi. Nusantara, 12, 37-58.
7. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Haji Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Haji Ahmad. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Harun Mat Piah. (2014). Ilmu perkasihan (seksologi) Melayu tradisional: satu pembicaraan awal. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu pada 6-7 Mei 2014 di Hotel seri Pasific, Kuala Lumpur.
10. Hashim Musa. (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi globalisasi Barat. Penerbit Universiti Malaya dan Pusat Dialog Peradaban.
11. Mintzberg, H. (1994). The rise and fall of strategic planning: Reconceiving the roles for planning, plans, planners. The Free Press.
12. Mohd Jamil Mukmin. (2011). Sejarah hubungan diplomasi Kerajaan Melayu: Satu tinjauan. Jurnal IKSEP, 2, 71-90.
13. Mokhtar Muhammad. (2005). Perhubungan antarabangsa: Konsep dan konteks. Anzagain Sdn. Bhd.
14. Salmah Jan Noor Muhammad. (2018). Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu Tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation,6(2), 99-108.
15. Siti Hawa salleh (Comp.). (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya.
16. Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. (2015). Kepustakaan ilmu tradisional: Sumbangan naskhah-naskhah ilmu bedil Melayu. WACANA ETNIK, Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora, 5(1), 13-24.
17. Yashar syarif. (2014). Hifz al-Nasal wa al-Nasab wa al-Usrah. Kertas kerja yang dibentangkan untuk Muktamar Abhath wa al-Waqai’ kali ke-22.
Telah diterbitkan
2022-12-13
Bagaimana untuk memetik sitasi
Noor Muhammad, S. (2022). Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 16(1), 125-140. doi:10.37052/jm.16(1)no6