Kamus Dewan Perdana: Persoalan dan Penjelasan

  • Hasmidar Hassan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darusssalam.

Abstrak

Kamus Dewan Perdana (KDP) (2021) merupakan kamus berbahasa Melayu yang pertama di dunia yang memanfaatkan data korpus dan laman sesawang sebagai sumber data. Data raya daripada pelbagai sumber ini membolehkan pelbagai data diperoleh dan dirakamkan dalam sistem. Berdasarkan entri atau masukan kata dan makna kamus yang diberikan, ternyata penggunaan kamus ini menuntut pengetahuan latar belakang yang baik tentang bahasa Melayu dan aspek tatabahasa dan hal ini bukanlah semudah yang disangkakan. Makalah ini mengetengahkan beberapa isu morfologi (pengimbuhan, makna imbuhan dan golongan kata) yang kelihatan menuntut penjelasan lanjut dan perlu dirungkaikan berdasarkan beberapa entri terpilih yang terdapat dalam KDP (2021). Bagi menjelaskan kekeliruan ini, kajian ini turut memanfaatkan sumber rujukan utama KDP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) dan sumber rujukan utama bagi kelas kata seperti yang tersebut pada halaman xvii. Sekiranya kekeliruan ini tidak dirungkai, kesannya terhadap pengguna khususnya para pelajar, para pendidik, mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan orang awam amat besar. Oleh itu, untuk memastikan bahasa Melayu terus mampan dan martabat bahasa Melayu terus diangkat dan dijulang, KDP (2021) harus membuktikan kewibawaannya sebagai rujukan yang sahih dan diperakui para pengguna amnya dan tidak terhad kepada pengguna yang mempunyai latar belakang linguistik bahasa Melayu atau penguasaan bahasa Melayu yang tinggi sahaja. Beberapa isu yang timbul dalam KDP (2021) dan penjelasan yang diberikan di sini diharapkan dapat dirujuk oleh pembaca amnya dan memahami sifat Kamus Dewan Perdana sebagai perakam kosa kata bahasa Melayu dan bukannya sumber rujukan bagi aspek tatabahasa.

Rujukan

1. Abdullah Hassan, seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman, Razali Ayob. (2006). Sintaksis. Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd
2. Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir (Edisi kelima). Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Baharudin Zainal (Ed.) (1965). Hikayat Chekel Waneng Pati. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Carston, R. (2022). Truth-conditional semantics. In Handbook of Pragmatics Online (Second Edition), 1453–1460. https://benjamins.com/online/hop/articles/tru1
5. Kamus Dewan Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu. (1992). Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Kamus Dewan. (2016). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Kamus Dewan Perdana. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn. Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Tentative. Dicapai daripada https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/english/tentative?q=tentative
10. Pangkalan Data Korpus. Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Read, A. W. (2023). Dictionary. https://www.britannica.com/topic/dictionary
12. Sandin, B. (1962). Sengalang burong. Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Smith, S. (n.d). Using dictionaries. https://www.eapfoundation.com/vocab/dictionaries/
Telah diterbitkan
2023-12-27
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hassan, H. (2023). Kamus Dewan Perdana: Persoalan dan Penjelasan. Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 17(1), 107-124. doi:10.37052/jm.17(1)no5