Kembali ke Purba: Nostalgia Restoratif dan Nasionalisme Era Mahathir dalam Tuah 1989

Pengarang

  • Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Kampus Puncak Perdana, Universiti Teknologi MARA, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.19(1)no6

Abstrak

Kajian lepas berkenaan sinema Malaysia secara dominannya lebih berfokus kepada tema-tema gender, identiti, dan kemodenan. Namun demikian, penerokaan terhadap fungsi nostalgia dalam filem-filem Malaysia masih kurang mendapat perhatian. Kajian ini bertujuan untuk mengisi kelompongan tersebut dengan menganalisis wacana nostalgia dalam sinema Malaysia era pascastudio (1975–1999). Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti peranan nostalgia dalam filem Tuah (Anwardi Jamil, 1989), dengan tribute terhadap filem purba, iaitu genre filem drama kostum zaman silam Melayu yang mencapai populariti semasa era studio dari tahun 1940-an hingga 1970-an. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan analisis tekstual dengan memberikan perhatian kepada strategi naratif-visual serta konteks sejarah. Konsep restoratif nostalgia yang diperkenalkan oleh Svetlana Boym (2001) dijadikan kerangka teori bagi meneroka bagaimana filem ini membina semula dan mengidealkan zaman kegemilangan Kesultanan Melaka serta figura legenda Hang Tuah sebagai bentuk nostalgia restoratif. Hasil kajian menunjukkan bahawa gambaran romantis terhadap masa lalu dalam Tuah memiliki keselarian dengan ideologi nasionalisme semasa pentadbiran pertama Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat (1981–2003). Kepentingan kajian ini terletak pada keupayaannya untuk meletakkan sinema Malaysia dalam wacana yang lebih luas, yakni berkenaan nostalgia dan pemaparan Hang Tuah dalam sinema Malaysia.

Kata kunci: Sinema Malaysia, kembara masa, Hang Tuah, Melaka, nostalgia restoratif, nasionalisme

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2026-01-31

Cara Memetik

Kembali ke Purba: Nostalgia Restoratif dan Nasionalisme Era Mahathir dalam Tuah 1989. (2026). Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 19(1), 147-168. https://doi.org/10.37052/jm.19(1)no6