Perkembangan Aktiviti Persuratkhabaran dan Majalah di Johor 1919–1957

Pengarang

  • Muhammad Izuan Abdul Rahman Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Muhammad Hasrul Zakariah Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Azmi Arifin Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.19(2)no4

Abstrak

Kajian ini meneliti perkembangan kegiatan persuratkhabaran dan penerbitan majalah di negeri Johor sebelum kemerdekaan. Proses pemodenan yang dilaksanakan oleh pemerintah Johor berjaya menjadikan Johor sebagai sebuah negeri Melayu yang moden dan maju menjelang akhir abad ke-19. Namun demikian, Johor dilihat agak ketinggalan dalam bidang persuratkhabaran dan penerbitan majalah berbanding dengan negeri Melayu yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketika negeri-negeri Melayu lain telah aktif menerbitkan akhbar dan majalah, majalah pertama di Johor hanya diterbitkan pada tahun 1919. Walaupun berkembang agak lewat, kegiatan persuratkhabaran dan penerbitan majalah di Johor sebelum kemerdekaan berkembang dengan pesat sehingga mengatasi perkembangan di negeri-negeri Melayu yang lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan faktor yang menyebabkan kegiatan persuratkhabaran dan penerbitan majalah di Johor bermula lebih lewat berbanding di negeri-negeri Melayu lain. Selain itu, kajian ini turut memperincikan faktor yang menyumbang kepada perkembangan pesat kegiatan tersebut di Johor pada era sebelum kemerdekaan. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dengan mengaplikasikan pendekatan kepustakaan dan kaedah kualitatif. Melalui pendekatan ini, sumber primer dan sumber sekunder yang terdapat di perpustakaan, Arkib Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedudukan Johor yang berjiran dengan Singapura dan kesan daripada proses pemodenan yang dilaksanakan oleh pemerintah Johor telah merangsang perkembangan kegiatan persuratkhabaran dan penerbitan majalah di negeri tersebut.

Kata kunci: Akhbar, kewartawanan Melayu. majalah, pemodenan, percetakan, persuratkhabaran

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2026-07-31

Cara Memetik

Perkembangan Aktiviti Persuratkhabaran dan Majalah di Johor 1919–1957. (2026). Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 19(2). https://doi.org/10.37052/jm.19(2)no4