Papaakan Bambarayon: Makna Simbolik dan Fungsi dalam Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun

Pengarang

  • Constantine Walter Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Julita Norjietta Taisin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.19(2)no3

Abstrak

lUpacara papaakan bambarayon merupakan warisan budaya masyarakat Kadazandusun sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang dipercayai membawa kelimpahan hasil tanaman. Kajian ini dilakukan untuk meneliti makna dan fungsi simbolik papaakan bambarayon dalam masyarakat Kadazandusun di Kampung Toboh Laut, Keningau, Sabah, di samping menghuraikan proses penyediaan peralatan dan bahan bagi upacara tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif berasaskan kajian etnografi dengan pengumpulan data melalui temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian langsung. Informan yang terlibat ialah seorang tokoh adat yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa proses pelaksanaan upacara papaakan bambarayon, seperti penyediaan daun, penyembelihan ayam, pembungkusan nasi, penyediaan tapai dan mongokori. Terdapat dua mantera digunakan ketika upacara, iaitu Papaakan Bambarayon dan Rinait Mongokori. Seruan koridok, koridok, koridok bambarayon dan korihi, korihi, korihi pokotiru dalam mantera membawa makna adab sopan dalam memanggil semangat padi. Darah ayam yang disembelihkan membawa makna kesuburan tanaman padi, sementara mangantalob berfungsi sebagai pengukuhan etika ketika makan dalam komuniti Kadazandusun. Ungkapan dalam mantera dan peralatan yang digunakan ketika upacara membawa makna simbolik dan fungsi tertentu dalam masyarakat Kadazandusun di lokasi kajian. Kajian ini memberikan implikasi terhadap pengekalan warisan budaya dan bahasa sebagai jati diri masyarakat Kadazandusun. 

 

Kata kunci: Papaakan bambarayon, Kadazandusun, kajian etnografi, mantera, padi, warisan budaya

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2026-07-30

Cara Memetik

Papaakan Bambarayon: Makna Simbolik dan Fungsi dalam Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun. (2026). Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 19(2). https://doi.org/10.37052/jm.19(2)no3