Tarian Togok: Analisis Ragam Gerak dalam Joget Gamelan Melayu

Pengarang

  • Mohamad Yunos Arham Jabatan Sosiobudaya/Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.19(1)no2

Abstrak

Tarian Togok merupakan salah satu repertoir Joget Gamelan Melayu yang mempunyai nilai estetika dan sejarah yang tinggi dalam warisan kesenian istana Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mendeskripsi dan menganalisis ragam gerak yang membentuk komposisi tarian Togok oleh kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) dengan menggunakan pendekatan teori koreografi sebagai kerangka analisis. Melalui pendekatan kualitatif deskriptif, kajian ini menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa tarian Togok terdiri daripada dua kategori utama aksi gerak, iaitu aksi gerak dasar dan aksi ragam inti cerita. Ragam-ragam tersebut dirangkai dengan cermat menurut prinsip-prinsip koreografi yang mencakupi kesinambungan, variasi, pengulangan, peralihan, perbandingan, klimaks dan keutuhan. Hasil dokumentasi visual bersama-sama penerangan deskriptif terhadap setiap ragam gerak ini diharapkan dapat berfungsi sebagai panduan pembelajaran dan rujukan akademik bagi para penggiat seni tari Melayu serta peneliti seni persembahan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga menyumbang kepada usaha pelestarian warisan budaya tidak ketara, iaitu Joget Gamelan Melayu dalam konteks perkembangan seni persembahan kontemporari. Implikasi kajian ini mencakupi aspek pendokumentasian, pendidikan seni dan pemeliharaan identiti budaya Melayu bagi generasi masa hadapan.

Kata kunci: Togok, ragam gerak, Joget Gamelan Melayu, dokumentasi budaya, SUKTRA

Teks penuh: PDF

 

Rujukan

Diterbitkan

2026-01-31

Cara Memetik

Tarian Togok: Analisis Ragam Gerak dalam Joget Gamelan Melayu. (2026). Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 19(1), 31-58. https://doi.org/10.37052/jm.19(1)no2