Pengaruh Islam terhadap Adat Masyarakat Bajau Kota Marudu: Analisis Perubahan Amalan Sosiobudaya dan Sosioekonomi
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.19(1)no4Abstrak
Adat masyarakat tempatan merupakan suatu identiti sosial yang menjadi landasan kepada pembentukan budaya kehidupan membentuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Namun demikian, tidak semua adat warisan temurun itu berada di landasan Islam sebenar. Dinamika perkembangan Islam yang berlaku secara sistematik menyebabkan perubahan signifikan kesan fahaman Islam yang membentuk amalan adat budaya masyarakat Bajau. Maka dengan itu, kajian pengaruh Islam terhadap adat tempatan masyarakat Bajau Kota Marudu: Analisis perubahan amalan sosiobudaya dan sosioekonomi. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan secara kajian kes. Proses kutipan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian langsung dan tidak langsung. Peningkatan pemahaman dan kefahaman terhadap Islam membawa perubahan demi perubahan yang memberikan kesan signifikan terhadap perkembangan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat setempat. Hal ini menunjukkan Islam mempunyai pengaruh yang dominan dalam menentukan keberadaan dan kedudukan dalam amalan sesebuah adat masyarakat Bajau Kota Marudu secara keseluruhannya. Implikasi kajian ini memberikan kesan terhadap perkembangan budaya sosial masyarakat Bajau yang kompleks dan secara praktikalnya akan meningkatkan keamanan, kesejahteraan dan kedamaian kerana menyerlahkan nilai-nilai Islam dalam pengamalan adat budaya tempatan.
Kata kunci: Pengaruh Islam, adat tempatan, Bajau, Kota Marudu, perubahan amalan sosiobudaya dan sosioekonomi
Teks penuh: PDF




