Pola Perbelanjaan Belia Melayu B40 dan M40 di Kuala Lumpur

  • NUR JANNAH BUKHARI UNIVERSITI MALAYA
  • Kim Keum Hyun UNIVERSITI MALAYA
  • Aida Idris
  • Marzudi Md Yunus

Abstract

Kajian ini berfokus untuk menganalisis perbelanjaan belia kumpulan B40 dan M40 yang menetap di bandar iaitu di Kuala Lumpur melalui keperluan-keperluan tertentu. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu kerangka kajian mengenai apakah keperluan-keperluan yang diutamakan ketika berbelanja telah dibentuk. Keperluan tersebut adalah keperluan asas, perlindungan dan kesihatan, keluarga, agama, dan masa lapang. Menerusinya, hasil daripada dapatan kajian memperlihatkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan ketika berbelanja berdasarkan keperluan tersebut. Namun begitu, didapati terdapat perbezaan keutamaan ketika berbelanja seperti yang dilakukan oleh responden bagi menjamin kelangsungan hidup di bandar. Walaupun keperluan asas seperti pemilikan rumah sering menjadi topik perbincangan, akibat harga yang tidak mampu milik lebih-lebih lagi di bandar telah menyebabkan membeli rumah bukanlah penyumbang utama dalam pecahan perbelanjaan. Hal ini mencadangkan bahawa jenis penempatan menyumbang kepada bentuk gaya hidup dan perbelanjaan yang menjadi amalan oleh golongan belia di bandar.

Published
2021-01-01
How to Cite
BUKHARI, NUR JANNAH et al. Pola Perbelanjaan Belia Melayu B40 dan M40 di Kuala Lumpur. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 14, n. 1, p. 45-68, jan. 2021. ISSN 2682-8049. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/7941>. Date accessed: 28 jan. 2021.