Fonologi dan Leksikal Bahasa Orang Asli Che Wong

  • Norajihah Muda UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Abstract

Abstrak


Masyarakat  orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga golongan iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Suku orang Asli Che Wong tergolong dalam suku masyarakat orang asli Senoi. Sebahagian besar masyarakat orang Asli Che Wong tinggal di Pahang terutamanya di perkampungan Sungai Enggang. Kajian bahasa orang asli Che Wong kerana faktor bilangan penutur bahasa ini yang sedikit berbanding penutur bahasa dominan yang lain. terdapat pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa natif Che Wong kerana wujudnya dominasi bahasa utama khususnya bahasa Melayu dalam proses komunikasi masyarakat Che Wong. Kajian ini memfokuskan kepada aspek bahasa Che Wong yang digunakan sebagai alat komunikasi di Kampung Sungai Enggang, Pahang. Informan dalam kajian ini terdiri daripada penutur natif suku Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan aspek fonologi dan leksikal bahasa suku orang Asli Che Wong dan menggunakan kaedah lingusitik struktural. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui teknik rakaman dan teknik lafaz. Pentranskripsan akan dilakukan berdasarkan Symbol International Phonetic Alphabet (IPA) bersumberkan data kosa kata bahasa Che Wong berdasarkan senarai Swadesh dan kelas kata bertema. Berdasarkan kajian, didapati bahasa Che Wong mempunyai 7 fonem vokal dan 20 fonem konsonan, manakala leksikal bertema pula mendapati terdapat perbezaan diantara bahasa Che Wong dan bahasa Melayu, namun terdapat juga persamaan di antara kedua-dua bahasa dalam beberapa leksikal yang digunakan dalam masyarakat Che Wong. Hal ini disebabkan oleh pengaru bahasa Melayu yang lebih dominan.


 


Kata kunci : Orang asli, Che Wong, Senoi, bahasa, fonologi, leksikal

Published
2021-01-01
How to Cite
MUDA, Norajihah. Fonologi dan Leksikal Bahasa Orang Asli Che Wong. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 14, n. 1, p. 69-100, jan. 2021. ISSN 2682-8049. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/8024>. Date accessed: 28 jan. 2021.