Simbol "Jantan Positif" dalam Ungkapan Melayu Tenas Effendy dari Gagasan Kritikan Melayu S. Othman Kelantan

  • Noor Hasnah Adam
  • Norhayati Ab. Rahman Universiti Malaya

Abstract

Makalah ini membincangkan simbol jantan positif yang terdapat dalam ungkapan Melayu Tenas Effendy. Ungkapan Melayu merupakan sejenis puisi lisan. Ungkapan Melayu ‘jantan’ yang terpilih itu terkandung dalam buku ‘Ungkapan Melayu - Pemahaman dan Permasalahannya’. Terdapat 178 ungkapan Melayu yang mengkategorikan jenis jantan namun fokus penulisan hanya pada simbol jantan positif. Perbincangan bersandarkan Gagasan Kritikan Melayu oleh S. Othman Kelantan yang mengandungi sepuluh gagasan prinsip. Makna siratan simbol jantan dikupas untuk memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu pemakai ungkapan Melayu ini tentang ciri-ciri jantan positif. Ungkapan Melayu yang dikaji dapat membongkar budaya pemikiran masyarakat yang tersirat, sekali gus menelusuri serta memanfaatkan ilmu pengetahuan khazanah bangsa Melayu.  Kajian tentang ‘Jantan’ Melayu ini penting untuk menganalisis pandangan dunia masyarakat sastera lisan, di samping maksud tersurat dan tersirat melalui penggunaan lambang-lambang dalam ungkapan Melayu.


 


Kata Kunci: Simbol, jantan, Ungkapan Melayu, makna siratan, Gagasan Kritikan Melayu


 


Abstract


This paper discusses about the symbol of ‘jantan’ (male dominance) which have positive meanings, found in Malay proverbs by Tenas Effendy. This discussion uses the Framework of Malay Critiques by S. Othman Kelantan, which contains 10 principles. The underlying meanings in the ‘jantan’ symbol will be analyzed to scrutinize the worldview of those who conceptualize these Malay proverbs as well as their association with the negative traits of male dominance. Malay proverbs that have been examined will be able to illuminate the inherent thought patterns of the Malay society, and at the same time, explore their vast knowledge of the world. Research on the Malay ‘Jantan’ is important to analyze the lens in which was viewed by a predominantly oral society, as well as the explicit and implicit meanings of the symbols in Malay proverbs.


 


Keywords: Symbol, Male, Proverbs, Underlying meaning, Malay critiques

Published
2021-01-01
How to Cite
ADAM, Noor Hasnah; AB. RAHMAN, Norhayati. Simbol "Jantan Positif" dalam Ungkapan Melayu Tenas Effendy dari Gagasan Kritikan Melayu S. Othman Kelantan. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 14, n. 1, p. 115-140, jan. 2021. ISSN 2682-8049. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/8052>. Date accessed: 28 jan. 2021.