Sistem Bombon: Fungsionalisme Struktural terhadap Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah

  • JACINTA TANGIL Universiti Malaysia Sabah
  • Asmiaty Amat Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Tulisan ini membincangkan amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon merupakan satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang masyarakat tersebut. Melalui amalan ini, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional dan hukum adat masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Permasalahan kajian ini adalah berkaitan dengan fungsionalisma struktural sistem bombon terhadap kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Teknik yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian ikut serta dan penelitian dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem bombon dan masyarakat Kadazandusun adalah berfungsi dan menyokong kelangsungan hidup masing-masing. Sistem bombon menjadi keperluan estetik fungsional bagi komuniti pengamal bombon.


Kata kunci: kepercayaan tradisional, hukum adat, kearifan tempatan, bombon, Kadazandusun

Published
2021-01-01
How to Cite
TANGIL, JACINTA; AMAT, Asmiaty. Sistem Bombon: Fungsionalisme Struktural terhadap Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 14, n. 1, p. 101-114, jan. 2021. ISSN 2682-8049. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/8063>. Date accessed: 28 jan. 2021.