Perancangan Bestari dalam "Hikayat Khoja Maimun": Aplikasi Prinsip Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan

(Smart Planning in the Saga of Khoja Maimum: Applications of Principles in Planning Management Approach)

  • Sara Beden Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Abstrak

Makalah ini bertujuan menganalisis strategi penyelesaian masalah yang berhubung dengan isu moral dalam prosa tradisional "Hikayat Khoja Maimun" daripada dimensi prinsip perancangan dalam pendekatan pengurusan yang merupakan salah satu pendekatan dalam dunia kritikan sastera tanah air. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan memberikan fokus terhadap analisis teks. Analisis ini mengaplikasikan aspek perancangan dalam model prinsip perancangan berlandaskan empat peristiwa yang telah diklasifikasikan dalam "Hikayat Khoja Maimun". Dapatan analisis menunjukkan pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi oleh watak Bayan bagi mengatasi masalah atau isu moral berhubung dengan pelanggaran moral dan etika oleh watak Bibi Zainab. Berdasarkan analisis, strategi yang digunakan ialah pujian dan sokongan, teknik analogi peribadi, bercerita atau berhikayat, pertanyaan, membuat kritikan dan sokongan, menarik perhatian dan memberikan nasihat. Pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi ini memperlihatkan bahawa perancangan bestari dan sistematik amat signifikan. Hikayat ini dapat mengungkapkan kebijaksanaan daya intelektual dan ketajaman pengamatan pemikiran masyarakatnya.


Kata kunci: strategi penyelesaian masalah, "Hikayat Khoja Maimun", model prinsip perancangan, perancangan bestari, bervariasi, analogi, berhikayat

Biografi Penulis

Sara Beden, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Jabatan Pengajian Melayu

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Ahmad. (1999). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anderson, L. W., & Krathwohl D. R. (eds.) (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: a revision of Bloom's Taxonomy of educational objectives. New York: Longman.

Antologi harga remaja. (2009). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

After Arthur L. Costa & Bena Hallick. (2000). Habits of mind: Developmental series. New York: Harper Collin Publishers.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Azman Ismail. (1999). Sastera Tradisi Teras Sastera Moden. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.
htm#ixzz4jHpAGxNa - [08 September 1999]

Biggs & Collis. (1982). Evaluating the quality of learning: the solo taxonomy. New York: Academic Press.

De Bono, E. (1986). Six thinking hats. London: Little, Brown and Company.

Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. (Terjemahan Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). "Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera", Kertas Kerja Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris pada 4-5 Oktober di Dewan Besar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2016). "Pendekatan Kesusasteraan Dalam Kritikan Kesusasteraan," Syarahan Perdana anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada 4 Ogos di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Muhd Norizam Jamian and Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi (Malaysian Journal of Communication) 31(2), 183-194.

Mohamad Zuber Ismail and Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014a). Prinsip perancangan: Penelitian berdasarkan cerita-cerita rakyat. Bridging The Unbridgeable Proceeding, International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary anjuran Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia Universiti Hankuk pada 14-16 Mei di Hankuk University of Foreign Studies Seoul, Korea Selatan.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2014b). Keintelektualan pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara. The Journal of Business and Social Development 3: 2, 1-16.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu 26, 95-116.

Rahim Abdullah. (1988). Asas pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sara Beden. (Januari 2015). Prinsip perancangan dalam "Hikayat Khoja Maimun". Pelita Bahasa 24-27.

Sara Beden. (2017). "Budaya perancangan dalam cerita penglipur lara: Analisis berdasarkan 'Hikayat Khoja Maimun'". Kertas Kerja Seminar Terjemahan Bahasa Dan Budaya Melayu-China 2017 Anjuran Universiti Sains Malaysia dan Universiti Guangdong Foreign Studies pada 13-14 Mei di Universiti Guangdong, Guangzhou China. (Hlm: 214-218).

Syed Abdullah Syed Sulaiman. (2012). Tradisi lisan: Satu penilaian semula. Kertas Kerja dalam Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan dan Keusahawanan Warisan anjuran Universiti Malaysia Kelantan pada 16-18 Oktober di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Bachok, Kelantan.

Tenas Effendy. (2011). Kesantunan dan semangat Melayu. Pekanbaru: Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2014). Anjakan Paradigma Dalam Cerita Rakyat Dari Tradisi Ke Moden. Kertas Kerja Bridging The Unbridgeable Proceeding, International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary anjuran Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia Universiti Hankuk pada 14-16 Mei di Hankuk University of Foreign Studies Seoul, Korea Selatan.
Telah diterbitkan
2018-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Beden, S. (2018). Perancangan Bestari dalam "Hikayat Khoja Maimun": Aplikasi Prinsip Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan. Malay Literature, 31(1), 69-97. doi:10.37052/ml.31(1)no4