Pertembungan Nilai Desa dan Kota dalam Buku Komik Budak Kampung dan Mat Som

(The Clash of Rural and Urban Values in the Comic Books Budak Kampung and Mat Som)

  • Wan Hasmah Wan Teh Universiti Sains Malaysia
  • Nurul Syazwani Mohd Dahlan Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Lat atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan tokoh yang unggul dan serba boleh dalam kalangan kartunis di Malaysia. Karya komik beliau cenderung merakamkan isu berkaitan sosiobudaya masyarakat di Malaysia dan sering menampilkan kehidupan realiti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu desa. Komik bukan sahaja bahan bacaan berbentuk hiburan tetapi juga merupakan medium penting untuk menyampaikan idea, kritikan, pandangan serta mampu mendedahkan pelbagai kepincangan dalam masyarakat setempat. Artikel ini ingin melihat pertembungan nilai desa dan kota dalam dua buah komik Lat bertajuk Budak Kampung (1979) dan Mat Som (1989). Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis pertembungan nilai masyarakat desa dan kota serta menjelaskan penggunaan unsur komik dalam penyampaian makna dalam kedua-dua komik tersebut. Artikel ini akan menggunakan teori sosiologi sastera yang dikembangkan oleh Alan Swingewood (1972), iaitu pendekatan pengaruh sosiobudaya terhadap penghasilan karya sastera. Dapatan kajian mendapati pengalaman kehidupan Lat sewaktu kecil telah mempengaruhi penciptaan komik Budak Kampung dan pengalaman hidup Lat ketika zaman mudanya telah mempengaruhi penciptaan komik Mat Som. Di sebalik semua itu, pertembungan nilai desa dan kota dikesan begitu ketara melalui kemasukan syarikat bijih timah, penjualan tanah, pemilihan jodoh, pemikiran dan gaya pakaian dalam kedua-dua karya tersebut.


Kata kunci: komik, pertembungan nilai, sosiobudaya, Budak Kampung, Mat Som

Biografi Penulis

Wan Hasmah Wan Teh, Universiti Sains Malaysia
School of Humanities, Universiti Sains Malaysia
Nurul Syazwani Mohd Dahlan, Universiti Sains Malaysia
School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

A. Rahman Yusof. (1988). Sosiologi Sastera dan Penelitian Kesusasteraan Malaysia. In Hamzah Hamdani (ed.), Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Teeuw. (1984). Sastra dan Ilmu Sastra: Pengantar Teori Sastra. Jakarta: Dunia Pustaka Jaya.

Abrams, M. H. (1981). A Glossary of Literary Terms. New York: Hot, Rinehart and Winston.

Abraham, J. H. (1973). The Origins and Growth of Sociology. Middlesex: Penguin Books Ltd.

Abu Bakar Haji Ahmad. (1985). Teknologi Getah Asli. Kuala Lumpur: Institusi Penyelidikan Getah Malaysia.

Ahmad Rashidi Hasan. (2001). Sejarah Seni Lukis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ahmad Shazwan Md. Yusof. (2018, February 28). Kampung Boy bakal difilemkan - Lat. Utusan Online. Retrieved on 17 May 2018 from http://m.utusan.com.my/berita/nasional/video-kampung-boy-bakal-difilemkan-lat-1.618161

Anwar Ridhwan (Penulis Skrip). Faizal Jalil (Pelukis Ilustrasi). (2014). Hikayat Patani: Putera Pewaris Pemerintahan (Episod 1). e-Komik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Durkheim, Emile. (1958). Key Sociologists. In Ken Thompson (ed.). London and New York: Routledge.

Eagleton, Terry. (1976). Marxism and Literary Criticism. Berkeley: University of California Press.

Eisner, Will. (2001). Comics and Sequential Art. Tamarac, FL, U.S.A.: Poorhouse Press.

Grebstein, Shedon Norman. 1968. Perspectives in Contemporary Criticism: A Collection of Recent Essays. New York: Harper & Row.

Han Xiao @ Indah. (2016). Pemodenan dan Pembentukan Keluarga Melayu di Bandar. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 9(2), 245-261.

Kerajaan Negeri Perak, (2011). Retrieved from https://www.perak.gov.my/index.php/kerajaan-negeri/info-umum/sejarah-ringkas

Lat. (1994). Budak Kampung. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Laurenson, Diana T. & Swingewood, Alan. (1972). Sociology of Literature. New York: Schocken Books Inc.

McCloud, Scott. (1993). Understanding Comics: The Invisible Art. New York: HarperCollins Publisher.

McCloud, Scott. (2000). Reinventing Comics. New York: HarperCollins Publisher.

Mohammad Nor Mohd Khalid. (1989). Mat Som. Petaling Jaya: Kampung Boy Sdn. Bhd.

Mohd Fikri Che Hussain. (2011). Awas Ancaman Orientalis kepada Kita. Selangor: Grup Buku Karangkraf.

Mulder, M. (2011, September 30). Lenardo und Blandine, illustrated by Joseph Franz von Goez (1783). Retrieved from https://zsr.wfu.edu/2011/lenardo-und-blandine-illustrated-by-joseph-franz-von-goez-1783/

Nelson, Roy Paul. (1975). Cartooning. Chicago: Henry Regnery Company.

Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah & Hussain Abdullah. (2015). Hubungan Migrasi Dalaman dengan Faktor-faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49(2), 121-133.

Othman Puteh. (2002). Tip & Motivasi. Penulisan Genre Cerpen. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sabin, Roger. (1993). Adult Comics: An Introduction. London: Routledge.

Swingewood, Alan. (1988). A Short History of Sociological Thought. London: Macmillan.

Taine, Hippolyte A. (1872). History of English Literature. Translated by H. Van Laun. Edinburgh: Esmonston and Duglas.

Umar Junus. (1986). Sosiologi Sastera: Persoalan Teori dan Metode. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Umbut & Junuh. (2007). Teknik Melukis Kartun & Komik. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Ungku Maimunah. (Julai 2006). Pemahaman dan Penerapan Sosiologi Sastera dalam Sastera Melayu Moden. Akademika,69, 3-16.

Zaiton Abu Samah. (Februari 2004). Lat Menawan Hati dengan Lakaran Kartun. Dewan Masyarakat.
Telah diterbitkan
2020-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Wan Teh, W., & Mohd Dahlan, N. (2020). Pertembungan Nilai Desa dan Kota dalam Buku Komik Budak Kampung dan Mat Som. Malay Literature, 33(2), 212-242. doi:10.37052/ml33(2)No4