MASTERA dan Generasi-Y: Peranan Sastera di Asia Tenggara

  • Mawar Safei Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Wiyatmi MHum Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.
  • Siti Dahlia Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Abstrak

MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara ialah sebuah majlis serantau yang mewakili beberapa buah negara anggota di Asia Tenggara yang terdiri dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Penubuhan MASTERA pada tahun 1996 mempunyai beberapa matlamat. namun yang penting, majlis ini bertujuan menjalin erat hubungan kesusasteraan negara anggota MASTERA dalam pelbagai bentuk kegiatan. Saban tahun beberapa agenda utama dijalankan setiap kali Sidang MASTERA diadakan. Antara kegiatan tersebut termasuklah penganjuran bersama Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT), Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan MASTERA dan Program Penulisan MASTERA dalam aneka genre seperti puisi, cerpen, esei, drama pentas dan novel. Meskipun MASTERA ditubuhkan lebih dua dekad yang lalu dan dipelopori oleh angkatan terdahulu, namun rata-rata kebanyakan khalayak yang menyemarakkan lagi kegiatan anjuran MASTERA adalah dalam kalangan generasi muda, iaitu Generasi Y. Perkara ini adalah sesuatu yang sangat konstruktif dan harus dihargai serta diberikan perhatian sewajarnya sebagai tanda keprihatinan terhadap generasi pelapis anggota MASTERA. Maka satu tinjauan kajian dibuat untuk meneliti keupayaan MASTERA dalam memenuhi keperluan kesusasteraan terkini di Asia Tenggara demi manfaat khalayak mudanya yang tergolong dalam Generasi Y. Kajian mengenai generasi muda MASTERA ini mencetuskan penulisan makalah yang memberikan tumpuan kepada cabaran terhadap MASTERA dalam bentuk wadah dan pengisian yang sangat terkait dengan teknologi Revolusi Industri 4.0 (4IR). Penemuan kajian ini mengajukan beberapa usul dari sudut falsafah serantau, tidak terkecuali praktisnya.


 

Rujukan

Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan. (1979). Hari-hari terakhir seorang seniman. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Ibrahim. (May, 2013). Sastera zaman digital: Merudumnya budaya buku? Dewan Sastera, 16-21.
Cahir, L. C. (2006). Literature into film: Theory and practical approaches. McFarland & Co.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Majlis Sastera Asia Tenggara. http://laman.dbp.gov.my/mastera/
Dini Faisal, Utami Dewi Pramesti & Yulianti Rasyid. (2017). Lingual to visual transformation of Hujan Bulan Juni. Advances in Social Science, Education and Humanities Research (ASSEHR), 148, 186-190.
Dyan Wahyuning Praharwati & Sahrul Romadhon. (2017). Ekranisasi sastra: Apresiasi penikmat sastra alih wahana. Al Turas: Mimbar Sejarah, Sastra, Budaya, dan Agama, XXIII(2), 267-285.
Habiburrahman El-Shirazy. (2004). Ayat-ayat cinta. Ar-Risalah.
Hamed Ismail. (2018). Berkarya dalam arus transformasi multimedia: Suatu penakatan dalam penulisan skrip drama di Singapura, Pangsura, January-June: 67-84.
Irwan Abu Bakar. (2016). E-Sastera: Teori dan aplikasi. eSastera Enterprise.
Mansyur Daman. (1994). Hujan bulan Juni. Grasindo.
Mawar Safei & Noridah Kamari. (2006). Sastera Melayu dan muzik: Satu tinjauan umum. Jurnal Beringin, 2, 123-136.
Mawar Safei. (2018, October 10-11). Education in Malay literature and recent multimedia. [Conference session]. Language, Literature and Education in Multimedia Era, Universitas Negeri Yogyakarta.
Mazira Abdul Majid, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Nur Yuhanis Mohd Nasir (Eds.). (2018). Transformasi pengajian Melayu dalam era generasi Z. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Muhammad Haji Salleh. (1999). Menyeberang sempadan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Husni Mohd Amin. (2019, April 12). Islam meraikan evolusi teknologi. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/ agama/2019/04/ 551918/islam-meraikan-evolusi-teknologi
Mulyo Hadi Purnomo & Untung Kustoro. (2018). Transformasi Hujan Bulan Juni karya Sapardi Djoko Damono. Nusa, 13(2), 329-340.
Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar & Mad Rusli Mohd Jamain. (2019). Kuroshio: Himpunan karya pemenang cerpen, puisi & rencana sastera HSKU 2017. Tintarona Pub.
Rahimah Haji A. Hamid & Tarmiji Masron. (2011). Marriage of the disciplines of literature and geography (GIS): Analysing the location and function of mountains in selected works of Asian Literature, Malay Literature, 130-158.
Ramlee Awang Murshid. (1998). Tombiruo: Penunggu rimba. Alaf 21.
Rosnidar Ain & Mohd. Saleeh Rahamad @ Ahamad. (2013). Karya urban tipografi kinetik dalam puisi siber. In Halimah Mohamed Ali & Mohamad Luthfi Abdul Rahman (Eds.), Sastera dalam Budaya dan Media. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sapardi Djoko Damono. (2014a). Alih Wahana. Editum.
Sapardi Djoko Damono. (2014b). Hujan bulan Juni: Sepilihan sajak. Gramedia.
Sapardi Djoko Damono. (2017). Hujan bulan Juni: Novel. Gramedia
The Qur'an. (Qur'an.com, Trans.). (2023). https://legacy.quran.com/59
Wan Abu Bakar Wan Daud. (2008, December 16-17). Pengajaran TMK melalui kegiatan sastera dan pengajaran penulisan sastera melalui medium internet. [Conference session]. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Wawan H Prabowo. (2013). Komik: :"Hujan bulan Juni" di tangan man. https://muda.kompas.id/baca/2013/04/14/komik-hujan-bulan-juni-di-tangan-man/.
Telah diterbitkan
2023-05-31
Bagaimana untuk memetik sitasi
Safei, M., MHum, W., & Abdullah, S. (2023). MASTERA dan Generasi-Y: Peranan Sastera di Asia Tenggara. Malay Literature, 36(1). doi:10.37052/ml36(1)no6