Interaksi Kerajaan Johor dengan Eropah: Suatu Analisis Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar

  • Salmah Jan Noor Muhammad Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
  • Steven Alezender Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Abstrak

Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan Melayu yang memiliki sejarah yang panjang. Sejak ditubuhkan pada tahun 1528, kerajaan Johor direkodkan telah diperintah oleh tiga wangsa yang berbeza, iaitu Sultan, Bendahara dan Temenggung yang menyaksikan setiap peralihan kuasa tersebut dilatari dengan peristiwa sejarahnya yang kompleks. Meskipun perjalanan kerajaan yang berkesinambungan dari Kesultanan Melayu Melaka ini tidak sunyi dari hiruk-pikuk pergeseran politik, namun kerajaan Johor pada hakikatnya mampu bertahan lama dalam menongkah arus masa sehingga akhirnya berjaya menempatkan diri dalam era pemodenan sewaktu di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti interaksi kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar dengan Eropah sehingga kerajaan Johor digelar kerajaan moden. Kajian yang berbentuk kualitatif ini akan memanfaatkan naskhah historiografi Melayu yang berjudul Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai data kajian. Analisis kajian dengan menggunakan teori bentuk interaksi dan lingkungan sosial antara tamadun menemukan interaksi kerajaan Johor dengan Eropah berlaku dalam konteks perkongsian yang membabitkan sosiobudaya dan teknologi serta kerjasama dari sudut politik. Rentetan hasil kajian tersebut, maka dapatlah disimpulkan bahawa Sultan Abu Bakar merupakan sosok pemerintah yang bijaksana dalam menjalinkan interaksi dengan Eropah sehingga melayakkan baginda digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor.

Rujukan

A. Rahman Tang Abdullah. (2008). Modernisation or Westernisation of Johor under Abu Bakar: A Historical Analysis. Intellectual Discourse. 16(2), 209-231.
A. Rahman Tang Abdullah. (2011). Hikayat Johor dan tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Yayasan Warisan Johor.
Abdullah Zakaria Ghazali. (2016, 8-10 November). Sejarah perjuangan dan pemerintahan kerajaan Melayu. Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa “Menyingkap Perjuangan Bangsa”. Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, Selangor.
Afaf Md Din & Ermy Azziaty Rozali. (2021). Konsep interaksi antara tamadun dalam sejarah manusia. TARIKH. International Journal of Islamic History and Civilization. 1(1), 1-14.
Ahmad Nabil Amir. (2018). Tinjauan tentang falsafah dan perspektif Malik Bennabi tentang peradaban. International Social Science and Humanities Journal. 4(1), 1-28.
Andaya, W. B. & Andaya, L. L. (1982). A history of Malaysia. Macmillan Education Ltd.
Buyong Adil. (1980). Sejarah Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esposito, J. L. (1996). Islam and democracy. Oxford University Press.
Ensiklopedia Global. (2001). SmartGenie Corporation Sdn. Bhd.
Ermy Azziaty Rozali, Mohd Hafiz Othman & Napisah Karimah Ismail. (2020). Pengaruh kerajaan Uthmaniyyah dalam pentadbiran Islam di negeri Johor pada abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959). BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(3), 65-82.
Ibn Khaldun. (2010). Muqaddimah Ibn Khaldun. t.tp.: Dār al-Tawfīqiyyah lil Turāth.
Karunakaran, K.P. (1958). Encounter between civilization. SAGE Journals. 14 (2), 166-187.
Kuzyk, N. & Yakovets, Y. V. (2006). Civilization theory, history, dialogue and the future. Institue For Economic and Strategies.
Mahdi Shuid. (2019). Mohd Sulaiman pujangga Melayu terakhir di Istana Temenggung Johor pada abad ke-20. [Tesis PhD., Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia].
Malike Brahim & Mohd Fo’ad Sakdan. (t.th). Modul politik dan pentadbiran. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Muhammad Izuan Abdul Rahman & Mahani Musa. (2020). Pengukuhan kedaultan dinasti temenggung dalam Kesultanan Melayu Johor 1855-1895. Sejarah: Journal of History Department. 29(1), 1-17.
Nursyazwani Edinin & De Silva, M. (2021). Perkembangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Borneo Utara: 1881-1941. Jurnal Borneo Arkhailogia. 6(1), 23-40.
Rahimah Abdul Aziz. (1997). Pembaratan pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu analisis sosiologi sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramanathan. (1992). Asas sains politik. Penerbit Fajar Bakti.
Rosfazila Abd Rahman. (2019). Kesepaduan sosiobudaya dalam kepelbagaian masyarakat majmuk. Jauhar, 3(1), 44-50.
Shaharom Husain. (1995). Sejarah Johor dan kaitannya dengan negeri Melayu.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Zahrah Mahfood. (2021). Pengasas kerajaan Johor. Dlm. Ishak Saat & Ahmad Zainudin Husin, Institusi Raja: Pelbagai kisah kesultanan alam Melayu Penerbit UTHM.
Salmon, C. (2011). Na Tian Piet dan bayangannya di dunia Melayu tahun 1890-an. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu. 3(1), 121-153.
Winstedt, R.O. (2001). A history of Malaya. Marican & Sons.
Telah diterbitkan
2023-05-31
Bagaimana untuk memetik sitasi
Noor Muhammad, S., & Alezender, S. (2023). Interaksi Kerajaan Johor dengan Eropah: Suatu Analisis Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Malay Literature, 36(1). doi:10.37052/ml36(1)no2