Analisis terhadap Penghujahan Al-Raniri dalam Kitab Fathul Mubin ala al-Mulhidin terhadap Golongan Wujudiah

  • Mohamad Nasrin Mohamad Nasir Institut Alam dan Tamadun melayu, UKM

Abstract

Artikel ini  menganalisis secara kritis penghujahan yang diberikan oleh al-Raniri dalam kitab Fathul Mubin ala al-Mulhidin. Kitab Fathul Mubin ialah sebuah kitab yang telah dinukilkan oleh al- Raniri setelah beliau kembali ke Ranir, Gujerat. Dalam konteks ini, al-Raniri telah menulis kitab ini setelah beliau tewas di tangan Syeikh Saiful Rijal di hadapan Sultanah Safiatuddin Shah yang merupakan Sultanah Acheh yang pertama selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Al-Raniri mengkritik pandangan wujudiah mulhidah berdasarkan pembacaannya terhadap beberapa buah kitab tulisan Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Sumatrani. Kitab Fathul Mubin merupakan kitab yang sering dilupakan apabila membicarakan percanggahan tasawuf al-Raniri, dan yang sebelum daripadanya. Kebanyakan pengkaji melihat kitab al-Raniri yang lain dalam perdebatan ini. Pengkajian manuskrip Melayu pada hari ini telah menyedarkan sarjana akan kewujudan kitab ini dan sebagai hasilnya dapat dilihat pandangan al-Raniri tentang perdebatan tersebut yang lebih terperinci daripada kitabnya Jawahir al-Ulum fi Kasfhul Ma’lum. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa ahli akademik perlu melihat kepada fakta yang sebenar melalui kaca mata yang baharu seperti yang ditemui dalam kitab Fathul Mubin ini. Walaupun demikian fakta sejarah hanyalah merupakan suatu tafsiran yang bersifat subjektif. Sebagai ahli akademik yang sering menekankan aspek objektiviti, perlu menjadi seorang penyiasat atau penyelidik yang sistematik dan analitikal. Menariknya penghujahan al-Raniri disini tidak bersifat mistikal atau dalam kata lain, beliau tidak menggunakan hujah daripada perjalanan spiritualnya sebaliknya bergantung pada pandangan ulama dalam bidang pengajian al-Quran dan hadis. Pandangan mengenai perdebatan ini telah membentuk persepsi ramai mengenai tasawuf dan perkembangannya di Nusantara. Oleh itu, memahaminya secara objektif adalah amat diperlukan agar persepsi yang terhasil berasaskan fakta dan penghujahan yang jelas.


Kata kunci: al-Raniri, wujudiah, manuskrip Melayu, sejarah, sufi, tasawuf, Nusantara


Abstract


This paper will analyse critically the arguments given by al-Raniri in his Fathul Mubin ala al-Mulhidin. Al-Raniri wrote Fathul Mubin after returning to Ranir in Gujerat. From the context of the text it is clear that al-Raniri had written it after he lost in a debate with Shaykh Saiful Rijal before Sultanah afiatuddin Shah, who was then the Sultanah of Acheh after the death of Sultan Iskandar Thani (d.1646). Al-Raniri had criticized the views of the wujudiyyah whom he labelled mulhidah (heretical) based upon his readings of several books written by Shaykh Hamzah Fansuri and Shaykh Shamsuddin Sumatrani (d.1630). Fathul Mubin is one a text often forgotten when discussing the conflict between the Sufi teachings of al-Raniri and those before him. Researchers are tend to view his other works concerning this debate and conflict. Recent research into Malay manuscripts has alerted us to the existence of this text and as a result we are able to study the views of al-Raniri in more detail than in his other oftenviewed book, Jawahiral-Ulum fi Kasfhul Ma’lum.The findings of this research show us that we have to look back at the facts as stated in Fathul Mubin. Understanding the issue objectively enables us to see the facts and arguments in a clear and systematic light.


Keywords: al-Raniri, wujudiyyah, Malay manuscripts, history, sufism, tasawwuf, Malay world  


RUJUKAN


Abdul Hadi W.M. dan L.K. Ara (Eds.). (1984). Hamzah Fansuri Penyair Sufi Aceh. Aceh: LOTKALA


Abdul Hadi W.M. (2001). Tasawuf yang tertindas: Kajian Hermeneutik terhadap Karya-karya Hamzah Fansuri. Jakarta:Penerbit Paramadina.


Ahmad Daudy. (2002). Allah dan Manusia dalam Konsepsi Syekh Nuruddin ar- Raniry. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.


Ahmad Daudy. (1987). Tinjauan atas ‘al-Fath al-Mubin ‘Ala al-Mulhidin karya Syaikh Nuruddin ar-Raniri. Ahmad Rfa’I Hasan (Ed.), Warisan Intelektual Islam Indonesia, Telaah atas Karya-Karya Klasik. Bandung: Penerbit Mizan, ms.19-35.


al-Attas. (1970). The Mysticism of Hamzah Fanşūrī. Kuala Lumpur: University Malaya Press.


Blackburn, Simon. ( June, 2017). There is nothing new about Post-Truth Politics, We’ve always had to fight for facts—but it’s particularly important right now. Prospect Magazine, 20th June 2017.  


Braginsky, Vladimir. (2004) The Heritage of Traditional Malay Literature: A Historical Survey of Genres, Writings and Literary Views. Leiden: KITLV Press.


Doorenbos, J. (1933). De geschriften van Hamzah Pansoeri: uitgegeven en toegelight. Leiden: Batteljee & Terpstra


 Drewes, G.W.J.  and Brakel, L. F.. (1986). The Poems of Hamzah Fansuri. Dordrecht: Foris KITLV, Bibliotheca Indonesia 26.  


Fath al-Mubin MSS 2148, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.


Fathul Mubin MSS3008, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.


Fathul Mubin, no. 17667 di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP.


Fathurrahman, Oman. (2008). Tarekat Syattariyah di Minangkabau. Jakarta: Prenada Media Group.


Hj Muhammad Bukhari Lubis. (1994).The Ocean of Unity, Waĥdat al-Wujūd in Persian, Turkish and Malay Poetry. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ito. (1978).’Why did al-Raniri leave Aceh”, Bidgragen Tot de-T’al.


Mohamad Nasrin Nasir. (2004). “Persian Influences in the Teachings of Ḥamzah Fanṣūrī”. Imtiyaz Yusuf (Ed.) Proceedings of the International Conference on Measuring the Effects of Iranian Mysticism upon Southeast Asian Mysticism. Bangkok: Iranian Cultural Center.


MSS4661, Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.


Sweeney, A. (1980). Authors and Audiences in Traditional Malay Literature. Monograph no.20, Center for South and Southeast Asia Studies. Berkeley: University of California.


Sweeney, A. (1990). The Journal of Asian Studies, 49(4), 1005-1006. doi:10.2307/2058336


Van Nieuwenhuijze (1945). Samsu’l-Dīn Van Pasai, Bijdrage tot de kennis der Sumatraansche Mystiek (Sumbangan pada Ilmu oleh seorang Sufi dari Sumatra). Leiden: E.J.Brill.


Voorhoeve, P. (1969). Notes on Some Manuscripts in the Library of the Dewan bahasa dan Pustaka. Bijdragen tot de Taal- en Volkenkunde, 125(3), 371- 373.


W. Saghir W.Abdullah. (2002). Al-Ma’rifah 1. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah.

Published
2020-06-09
How to Cite
MOHAMAD NASIR, Mohamad Nasrin. Analisis terhadap Penghujahan Al-Raniri dalam Kitab Fathul Mubin ala al-Mulhidin terhadap Golongan Wujudiah. Malay Literature, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 21-44, june 2020. ISSN 2682-8030. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/article/view/6070>. Date accessed: 01 dec. 2020. doi: https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no2.