Konflik Politik dalam Hikayat Seri Kelantan daripada Perspektif Teori Perilaku Konflik
Abstrak
Hikayat Seri Kelantan (HSK) ialah salah sebuah karya historiografi Melayu tradisional negeri Kelantan. Sebagai sebuah karya sastera bercorak sejarah, hikayat ini mengandungi pelbagai konflik yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu dan kuasa luar. Namun begitu, kebanyakan penulisan tentang HSK banyak tertumpu pada isu peperangan tanpa membincangkan konflik politik secara menyeluruh. Oleh itu, makalah ini membincangkan konflik politik dalam HSK dengan menggariskan dua objektif, iaitu menjelaskan isu konflik politik yang terkandung dalam HSK dan menganalisis punca berlakunya konflik berdasarkan teori perilaku konflik. Makalah ini menggunakan teks HSK yang telah diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman (2004) sebagai sumber primer, manakala pengumpulan data dijalankan melalui kajian kepustakaan. Makalah ini juga dianalisis menggunakan teknik bacaan rapi dan analisis deskriptif teks berdasarkan prinsip teori perilaku konflik oleh Bartos dan Wehr (2002). Hasil dapatan kajian menemukan sembilan peristiwa konflik politik yang boleh dikategorikan kepada empat isu, iaitu (1) isu kezaliman pemerintahan; (2) isu tekanan kuasa luar terhadap kedaulatan negeri; (3) peluasan wilayah jajahan; dan (4) isu perebutan kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan. Dapatan juga menghujahkan bahawa pertikaian sumber, iaitu tanah atau wilayah, kuasa, dan prestij sebagai premis tercetusnya tindakan berkaitan konflik dalam HSK. Hasil kajian ini membuktikan bahawa HSK merupakan dokumen sosiobudaya yang banyak merakamkan konflik politik pemerintahan dalam kerajaan Melayu di Kelantan.
Teks penuh: PDF
Rujukan
Ahmad Hakimi Khairuddin. (2006). Sejarah awal Kelantan berdasarkan teks Riwayat Kelantan dan Hikayat Seri Kelantan. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 68–84). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ramizu Abdullah. (1994). Kajian penulisan, pembentukan dan penggunaan kata dalam Hikayat Seri Kelantan. [Unpublished masters' thesis]. Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya.
Amiruddin Arman, & Shaiful Bahri Md. Radzi. (2019). Kes poligami: Suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara. 59–70. https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/Sutera%202019/59-70.pdf
Bartos, O. J., & Wehr, P. (2002). Using conflict theory. Cambridge University Press.
Bazrul Bahaman. (2006). Analisis motif politik dalam Hikayat Seri Kelantan. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 48–67). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faridah Sarudin, Rahimah A. Hamid, & Md. Salleh Yaapar. (2015). Fungsi cucuk sanggul di alam Melayu: Hikayat Seri Kelantan dan Syair Dang Sirat. In Rahimah A. Hamid (Ed.), Kearifan tempatan: Pandainya Melayu dalam karya sastera (pp. 50–60). Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Fazniza Mat Taib. (2003). Hikayat Seri Kelantan: Transliterasi dan analisis teks. [Unpublished academic exercise]. Academy of Malay Studies, Universiti Malaya.
Harun Mat Piah. (2006). Tuan Puteri Saadong: sebagai sebuah mitos, sejarah dan hikayat. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 254–282). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Katz, D. (1965). Nationalism and strategies of international conflict resolution. In H. C. Kelmen (Ed.), International behavior: A social-psychological analysis (pp. 356–390). Holt, Rinehart and Winston.
M. Afzalur Rahim. (2001). Managing conflict in organizations (3rd ed.). Quorum Books.
Mana Sikana. (2015). Penulisan akademik sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mardiana Nordin. (2010). Perang Melayu pada abad ke-18 dan ke-19: Kajian berdasarkan naskhah Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Pahang, Kenang-kenangan Selangor dan Hikayat Seri Kelantan [Unpublished doctoral dissertation]. Department of History, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya.
Mohd. Taib Osman. (1961). Hikayat Seri Kelantan (sa-buah naskhah tulisan tangan dari Kelantan) [Unpublished masters' thesis]. Academy of Malay Studies, Universiti Malaya.
Mohd. Taib Osman. (2004). Hikayat Seri Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman. (2006). Hikayat Seri Kelantan: Manifestasi sebuah peradaban dan penyataan sosiopolitik sebuah negeri dalam sejarahnya. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 1–38). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Newton, K., & Deth, J. W. Van. (2009). Foundation of comparative politics (2nd ed.). Cambridge University Press.
Nik Mohamed Nik Mohd Salleh. (2018). Pensejarahan Kelantan dan tinjauan mengenai sumber-sumbernya. In A. Aziz Deraman & Baharin Ilias (Ed.), Kelantan: Sejarah, adat dan warisan (pp. 97–218). Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Nik Safiah Karim. (2006). Unsur dialek Kelantan dalam Hikayat Seri Kelantan. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 144–155). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Huda Ahmad Razali, & Norazimah Zakaria. (2018). Pemikiran Puteri Sa’dung dalam Hikayat Seri Kelantan. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11(1), 70–87.
Nur Yuhanis Mohd. Nasir, Rahmah Bujang & Eizan Mat Hussain. (2016). Animasi cerita bangsawan Puteri Saadong: Adaptasi teks dan persembahan. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 23, 143–160.
Rahmah Haji Bujang. (2006). Aspek kesenian dalam teks Kelantan. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 126–143). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Haji Salleh. (2006). Karya historiografi tradisional Kelantan: Hikayat Seri Kelantan dan Hikayat Puteri Saadong. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 39–47). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Swingewood, A. (1972). Introduction: Sociology and literature. In Laurenson D. T. & Swingewood, A. (Ed.), The sociology of literature (pp. 11–22). Schocken Books.
Triyono, A. (2001). Langkah-langkah penyusunan rancangan penelitian sastra. In Jabrohim (Ed.), Metodologi penelitian sastra (pp. 25–33). Hanindita Graha Widia.
Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (2006). Hikayat Seri Kelantan: Analisis pemikiran dan world-view masyarakat. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 85–102). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Borhan. (2006). Perang, perang, perang: Satu kajian berdasarkan Hikayat Seri Kelantan. In Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (Ed.), Siri kajian naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Kelantan (pp. 103–111). Dewan Bahasa dan Pustaka.




Ketua Editor,