Undangan menulis artikel untuk Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia
Undangan menulis artikel untuk Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia
Kanun diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai. Manuskrip jurnal yang ingin dihantar perlu tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara, khususnya tentang undang-undang Malaysia yang mencakupi undang-undang sivil dan syariah. Aspek undang-undang yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kanun juga menerbitkan kajian kes yang berlaku di luar Malaysia menggunakan instrumen undang-undang antarabangsa sebagai rujukan, jika kes tersebut berlaku di Malaysia.
Manuskrip jurnal perlu dihantar secara dalam talian melalui http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/submissions
Manuskrip jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara doubleblind review, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status manuskrip melalui e-mel. Penulis perlu memastikan:
- Artikelnya baharu, asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.
- Tidak ada unsur plagiat dalam artikel yang dihantar.
- Semua petikan dan rujukan (menggunakan format APA) dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.
- Mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.
- Mematuhi format yang ditetapkan oleh penerbit. Format tersebut boleh didapati melalui http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/submissions
Untuk maklumat lanjut sila layari http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/submissions
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 31/3/2021 bagi keluaran Julai dan 30/9/2021 untuk keluaran Januari 2022. Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk penerbitan seterusnya.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami menerusi e-mel: zaiton6@dbp.gov.my
Sekian, terima kasih.
Read more about Undangan menulis artikel untuk Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia