Penetapan Standard bagi Industri Nutraseutikal di Malaysia: Melindungi Hak Pengguna

  • sahida safuan ms
  • Suzi Fadhilah Ismail International Islamic University Malaysia
  • Ida Madieha Abdul Ghani Azmi International Islamic University Malaysia
  • Mahyuddin Daud International Islamic University Malaysia
  • Juriah Abd Jalil International Islamic University Malaysia

Abstract

Kesedaran  masyarakat  terhadap kepentingan kesihatan telah menggalakkan pemasaran produk nutraseutikal di Malaysia. Nutraseutikal didefinisikan sebagai produk berasaskan makanan yang diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna dengan cara melindungi serta merawat pengguna daripada penyakit. Oleh sebab permintaan terhadap produk ini semakin meningkat, ramai pengeluar produk mengambil peluang mengeluarkan produk nutraseutikal melalui pengilangan secara kontrak. Perkhidmatan pengilangan kontrak ini ditawarkan oleh syarikat yang mempunyai status Amalan Perkilangan Baik (AMP) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengeluarkan produk menggunakan jenama sendiri. Pengilangan kontrak membolehkan sesiapa sahaja berupaya memiliki produk dengan modal minimum tanpa memerlukan kepakaran atau kemahiran tertentu dalam penghasilan sesuatu produk. Hal ini menyebabkan terdapat lambakan produk nutraseutikal di pasaran. Tambahan pula sistem undang-undang di Malaysia masih lagi belum jelas dalam pengawalseliaan produk nutraseutikal. Produk nutraseutikal dikawal selia oleh agensi yang berbeza mengikut kategori sama ada makanan atau farmaseutikal. Agensi yang berbeza mempunyai prosedur atau standard yang berbeza dalam pengurusan produk. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu berkaitan dengan pembangunan produk nutraseutikal melalui pengilangan kontrak dan mendapati bahawa terdapat keperluan yang sangat tinggi untuk menetapkan satu standard piawaian dalam penghasilan produk nutraseutikal bagi tujuan melindungi kepentingan pengguna untuk jangka masa panjang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah analisis kandungan  menggunakan pelbagai sumber kepustakaan dan juga perbincangan dan temu bual berkumpulan yang telah diadakan dengan pihak-pihak yang berkaitan.


Kata kunci: Nutraseutikal, Pengilangan Kontrak, Badan-badan Kawal Selia


Abstract


The growing consciousness among consumers of the importance of health has resulted in the mushrooming of various nutraceutical products in the market. This rapid growth has created the opportunity for nutraceuticals manufacturers to take advantage of producing and marketing those products via contract manufacturing. Contract manufacturing allows anyone to own a product with minimum capital without the need to have certain expertise or even adequate knowledge or skills concerning the science behind the nutraceutical products. The issue that arises is the absence of proper regulations that control the production of nutraceutical products. In Malaysia, nutraceuticals can be regulated by different regulatory agencies depending on their classification. This creates a double standard as different agencies have different standard procedures that govern the product. This paper analyses the issue pertaining to the development of nutraceutical products through contract manufacturing, and seeks to propose that there is a real need to have a specific, standard procedure to safeguard and protect consumer interest in the long run. The study was conducted through content analysis of various literatures, as well as focus group discussions with relevant authorities.


Keywords: Nutraceuticals, product, contract manufacturing, regulatory bodies


 


RUJUKAN


Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturannya.


Awang, N. (2017). Makanan Nutraseutikal: Adakah Satu Keperluan? Akses pada 30 April 2019, daripada http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/09/17/makanan-nutraseutikal-adakah-satu-keperluan/.


Aziz, I.H. (2019). 4 produk dicampur racun berjadual. Berita Harian. Akses pada 30 Disember 2019, daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578558/4-produk-dicampur-racun-berjadual


Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). (2019). Drugs Registration Guidance Document (DRGD), (2nd Edition September 2016 Revised July 2019). Akses pada 1 November 2019, daripada https://www.npra.gov.my/index.php/en/drug-registration-guidance-documents-drgd-e-book


Chauhan, B., Kumar, G., Kalam, N., Ansari, S.H. (2013). Current Concepts and Prospects of Herbal Nutraceutical: A Review.” Journal of Advanced Pharmaceutical Technology & Research 4, no. 1: 4–8. Akses pada 10 Mei 2019 daripada https://doi.org/10.4103/2231-4040.107494.


Contract Manufacturing.  Akses pada 6 Disember 2018, daripada laman web http://www.businessdictionary.com/ definition/contract-manufacturing.html.


Dahiya, K. (2013). Nutraceuticals and Their Impact on Human Health. Journal of Plant Biochemistry & Physiology, 1(4), 10–12. Akses pada 15 April 2019, daripada https://doi.org/10.4172/2329-9029.1000e111


DeFelice, S. L. (1992).  The Nutraceutical Initiative: A Recommendation for U.S. Economy and Regulatory Reforms. Genetic Engineering News, 12.


Gluthione. Akses pada 20 Mac 2018, daripada https://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/glutathione-uses-risks


Kim S.H., et al. (2003). Effect of Sibutramine on Weight Loss and Blood Pressure: A Meta-Analysis of Controlled Trials. Obes Res, 11(9), 116–1123.


Khan, T.M., Hassali M.A., & al-Haddad, M.S.M. (2011). Nutraceuticals Use among the Inhabitants of Penang, Malaysia. International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health, 3(5), 402-414.


Malaysian Investment Development Authority, “Promoted Activities and Products for Manufacturing Sector,” Akses pada 10 Ogos 2018, daripada http://www.mida.gov.my/home/promoted-activities-and-products-for-manufacturing-sector/posts/.


Mohamed, M.H. (2015). “Apa Itu Amalan Perkilangan Baik (AMP)?,” Akses pada 30 Disember 2018, daripada http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-amalan-perkilangan-baik-apb/


Moloughney, S. (2016). “Features Contract Manufacturing: Setting Standards in the Supplement Industry,” Nutraceuticals World. Akses pada 12 Disember 2018, daripada https://www.nutraceuticalsworld.com/issues/2016-03/view_features/contract-manufacturing-setting-standards-in-the-supplement-industry/2183.


Peraturan Kawalan Dadah  dan Kosmetik 1984.


Zeisel, S.H. (1999). “Regulation of Nutraceutical”. Science. 285:1853-1855, Akses pada 30 Mac 2019, daripada https://science.sciencemag.org/content/285/5435/1853.summary

Published
2020-07-02
How to Cite
SAFUAN, sahida et al. Penetapan Standard bagi Industri Nutraseutikal di Malaysia: Melindungi Hak Pengguna. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 32, n. 2, p. 177-194, july 2020. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/6895>. Date accessed: 22 sep. 2020.