Komik Selendang Siti Rugayah: Suatu Bacaan Hermeneutik Kerohanian

  • Julina Ismail Universiti Sains Malaysia
  • Md. Salleh Yaapar Universiti Sains Malaysia

Abstract

Rejabhad, dikenali sebagai Raja Kartun Malaysia. Keistimewaan karyanya memberi peluang kepada pengkaji menganalisis dari sudut reka bentuk lukisan (visual) dan penceritaan (tekstual). Kajian para ilmuwan lepas banyak membincangkan komik Melayu pada lapisan luaran sahaja. Komik Melayu, terutamanya karya Rejabhad, wajar diteliti dengan lebih mendalam untuk mencungkil maksudnya pada lapisan luar dan dalam. Hal ini penting bagi memahami maksud karya sepenuhnya dan memahami jati diri pengarangnya. Kajian ini tertumpu pada karya komik terpilih Rejabhad, iaitu Selendang Siti Rugayah (1997). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan kaedah tafsir atau analisis literal aspek visual dan tekstual untuk mendapatkan maksud luaran karya berkenaan. Seterusnya, bacaan hermeneutik kerohanian, atau kaedah takwil digunakan untuk memperoleh maksud dalaman atau kerohanian karya komik Selendang Siti Rugayah. Hasil kajian ini membolehkan khalayak mendapat kefahaman tentang maksud dalaman karya dan jati diri atau keperibadian pengarang dalam pengkaryaan komiknya. Kajian berdasarkan bacaan hermeneutik kerohanian ini merupakan satu penjelajahan baharu yang mengubah pandangan tentang kearifan dan kreativiti seorang seniman komik Melayu, khususnya Rejabhad,yang dahulunya dihayati dan difahami hanya berasaskan bacaan luaran semata-mata.


Kata kunci: Seni bersekuen, komik, tafsir, hermeneutik kerohanian, maksud dalaman, jati diri  


Abstract


Rejabhad is more popularly known as Malaysia’s “king of cartoons”. His works stand out because they provide the opportunity for researchers to analyse them from the angles of visual design and text. Scholarly research in the past has tended only to look at the superficial level of comics. However, those of Rejabhad deserve closer analysis to uncover their meaning on both their superficial and deeper levels. This is important in order to completely understand the meaning of these cartoons and the personality of their creator. This study focuses on Rejabhad’s Selendang Siti Rugayah [Siti Rugayah’s Shawl] (1997). The methodology employed in this research is a qualitative one, involving analysis of the literal aspects of the visual and textual elements to glean the obvious meaning of this work. A spiritual hermeneutics reading or ‘takwil method’ is applied to obtain the deeper/spiritual meaning of this comic. The findings of this research enable readers to gain a greater understanding about the deeper meanings of the work and the personality of the writer. The spiritual hermeneutic reading is a new way for exploring works and changing opinions concerning the ability and creativity of Malay comic-book writers, especially Rejabhad, whose works were hitherto appreciated and understood solely on a superficial level.


Keywords: sequential art, comics, interpretation, hermeneutics, spiritual hermeneutics, deep meaning, personality 


RUJUKAN


Abdul Hadi, W. M. (2014). Hermeneutika Sastra Barat dan Timur. Jakarta: Sadra Press.


Al-Jiasi, Mustapha Mohamed. (1977). Mengenal Diri dan Wali Allah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.


Muhammad Noor Haji Ibrahim, Abdullah Basmeh. (2010). Tafsir Pimpinan ar- Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (30 juzuk). Kuala Lumpur: Darul Fikir.


Md. Salleh Yaapar. (2009). Pilgrimage to the Orient. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.


Md. Salleh Yaapar. (1988). A Pilgramage to the Orient: Ta’wil as a Form of Islamic Hermeneutics. Muslim Education Quarterly (Cambridge), 5(3) (Spring), 44-49.


Rabena. (2008). Rejabhad Raja Kartun Malaysia yang Sukar dicari Ganti. Majalah Humor Nasional Gila-Gila. 13 April.http://jiwatempatan.blogspot. com/2008/04/allahyarham-rejabhad-raja-kartun.html Tarikh capaian: 3 April 2019.


Rejabhad. (2008). http://darialmarikartun.blogspot.com/2008/01/rejabhad.html. Tarikh capaian: 23 April 2013.


Rejabhad. (1997). Selendang Siti Rugayah. Siri Produksi Gila-Gila. Kuala Lumpur. Creative Enterprise Sdn. Bhd.


Rejabhad. (2001). Mawar oh Mawar. Siri Produksi Gila-Gila. Kuala Lumpur. Creative Enterprise Sdn. Bhd.


Rejabhad. (1987). Tan Tin Tun. Siri Produksi Gila-Gila. Kuala Lumpur. Creative Enterprise Sdn. Bhd. Rejabhad. (1988). Perwira Mat Gila. Kuala Lumpur. Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Published
2020-06-09
How to Cite
ISMAIL, Julina; YAAPAR, Md. Salleh. Komik Selendang Siti Rugayah: Suatu Bacaan Hermeneutik Kerohanian. Malay Literature, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 67-82, june 2020. ISSN 2682-8030. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/article/view/8015>. Date accessed: 29 nov. 2020. doi: https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no4.