Analisis Literatur Tentang Cabaran Pelaksanaan Hak Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Menurut Syarak dan Undang-undang di Malaysia

Pengarang

  • Nurul Farhanah Syazwani Mohd Zaki Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Zaini Nasohah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.38(2)no7

Abstrak

Isu pendidikan inklusif dalam kalangan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) merupakan isu yang amat relevan dalam landskap pendidikan di Malaysia. Islam juga mengambil berat terhadap pendidikan kanak-kanak ini, khususnya bagi golongan OKU. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan bukan sekadar hak sivil, tetapi juga tuntutan agama dan bentuk tanggungjawab atau taklif yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat dan negara. Namun begitu, perbahasan mengenai cabaran hak pendidikan inklusif ini masih kurang undang-undang di Malaysia. Pendekatan analisis kandungan secara komprehensif digunakan bagi meneliti kelemahan struktur perundangan sedia ada berdasarkan perspektif syarak, khususnya dari aspek siasah syariah, bagi memastikan dasar pendidikan yang dibentuk bukan sekadar bersifat retorik, sebaliknya berpaksikan keadilan yang substantif. Hasil kajian mendapati bahawa cabaran pelaksanaan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak OKU merangkumi ketidakselarasan dasar dan infrastruktur, kelemahan peranan pemegang taruh, tahap kesedaran masyarakat, kekurangan latihan tenaga pengajar dan jurang perundangan sivil. Jurang tersebut termasuklah ketiadaan kewajipan statutori sekolah swasta, yang dilihat sebagai jahalah yang bercanggah dengan prinsip maqasid syariah dan karamah insaniah. Kajian ini penting kerana mengintegrasikan perspektif antara undangundang sivil dengan undang-undang syarak yang jarang-jarang dibincangkan bersama-sama, sekali gus menyediakan asas bukti bagi penambahbaikan dasar dan pelaksanaan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak OKU di Malaysia.

Kata kunci: Pendidikan inklusif, murid berkeperluan khas, perspektif syariah, hak pendidikan, cabaran pelaksanaan, perundangan Malaysia

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2026-07-30

Cara Memetik

Analisis Literatur Tentang Cabaran Pelaksanaan Hak Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Menurut Syarak dan Undang-undang di Malaysia. (2026). Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 38(2), 369–396. https://doi.org/10.37052/kanun.38(2)no7