Analisis Peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dari Perspektif Undang-undang Sivil
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.38(1)no7Abstrak
Penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 (EKJSK 2019) merupakan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menegakkan undang-undang jenayah syariah di negeri tersebut. Penambahan dua puluh empat peruntukan baharu ialah suatu usaha ke arah memperundangkan kesalahan yang dikategorikan sebagai maksiat, di samping untuk mencapai objektif kewujudan undang-undang Islam, iaitu untuk melindungi lima aspek maqasid syariah melalui pembahagian dalam enakmen ini walaupun kesalahan yang ada ini diperuntukkan dalam undang-undang sivil. Dalam makalah ini, pengkaji menganalisis peruntukan dalam EKJSK 2019 dari perspektif undang-undang sivil dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen yang berkaitan dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Data ini dianalisis secara perbandingan dengan melihat perbezaan antara kedua-dua undang-undang ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kesalahan dalam EKJSK 2019 yang bertindih dengan undang-undang yang sedia ada, seperti liwat, kata untuk memecahkan keamanan, persetubuhan dengan bukan manusia, memusnahkan atau mancemarkan tempat ibadat dan apa-apa yang mengkhayalkan. Walaupun hal ini dicabar dalam kes Nik Elin, kajian ini penting sebagai rujukan dalam pelaksanaan pindaan kesalahan jenayah syariah pada peringkat negeri bagi mengelakkan pertikaian, konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, serta menutup ruang bagi mana-mana pihak yang mencabar kesalahan yang diperuntukkan pada masa akan datang.
Kata kunci: Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, peruntukan, undang-undang jenayah syariah, undang-undang sivil, pertindihan undang-undang, bidang kuasa
Teks penuh: PDF




