Penilaian Semula Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012: Keseimbangan antara Darjah Pembuktian dengan Penyelesaian Kes yang Berkesan dalam Litigasi Sivil Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.38(2)no1Abstrak
Terdapat pelbagai peraturan dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Satu daripadanya ialah permohonan untuk membatalkan pliding di bawah Aturan 18 Kaedah 19. Walaupun Aturan 18 Kaedah 19 digunakan untuk menyelesaikan kes dengan lebih cepat, mahkamah lebih cenderung untuk menolak permohonan tersebut. Hal ini berlaku kerana kewujudan kriteria tambahan bagi permohonan tersebut, iaitu prinsip common law sememangnya tidak boleh dipertahankan. Di Malaysia, terdapat beberapa kes yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudahnya, tetapi dipanjangkan tempoh masanya disebabkan oleh prinsip common law sememangnya tidak boleh dipertahankan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menyelidik kebolehlaksanaan prinsip common law sememangnya tidak boleh dipertahankan dengan menggunakan teori pengadilan pragmatik. Menerusi metodologi penyelidikan doktrinal, pengkaji dapat membuktikan bahawa terdapat tiga kelemahan jika prinsip common law sememangnya tidak boleh dipertahankan dilihat menerusi teori pengadilan pragmatik. Kelemahan tersebut ialah mahkamah tidak dapat menyelesaikan kes secara berkesan dan melanggar prinsip common law imbangan kebarangkalian yang biasa digunakan dalam kes sivil, serta dilihat berpihak kepada pihak lawan. Oleh itu, pengkaji menghujahkan bahawa prinsip common law sememangnya tidak boleh dipertahankan perlu dihapuskan bagi mempromosikan penyelesaian kes sivil dengan cepatnya tanpa mengorbankan integriti proses undang-undang.
Kata kunci: Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, Aturan 18 Kaedah 19, permohonan interlokutori, darjah pembuktian, common law, pliding
Teks penuh: PDF




